Aku : Jom gi SepilokMama : Sepilok... Ada apaAku : Tengok orang utan laa..Mama : Apa susah2.Tengok kat cermin je laaAku : Cermin???" (Blur seketika)Aku : Cheh... hampeh tul..Nota:Aku pernah pergi tengok orang utan kat Sarawak. Dah lupa nama tempatnya. Betul cakap mak. Aku kena makan kismis banyak2. Tapi aku tak lupa betapa frustnya bila sampai kat tempat orang utan tu, langsung tak der orang utan. Feeding time pun tak nampak orang utan tu. Patutnya diorang kene bagitau visitors waktu yg sesuai utk melawat. Aku lebih kesiankan tengok pelancong luar yang turut tertipu. Jauh tu nak kene travel. Alih2 dapat tengok gambar jer.
Wednesday, April 30, 2008
Batu Terapung
Monday, April 28, 2008
Batu Terapung
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvGuNuQZZRy5XZORWvpireYG8gNejoVuyx31eUMEC6IqNKZ7oqAKaAEPVOwVm40X7tW21uGmx0tkJjQx0oqqnZiWk24A5rIhVjFEYHRZQvnDmnv7VbeO7ooDwhOrg8z3v8O0bhpC-VzA/s1600-h/batu+terapung.JPG
Posted by shelan 109 at 6:36 AM
0 comments:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by usyarif_hardyboyz at 1:58 AM 0 comments
Cek saman anda di sini
Kepada mereka2 yang rasa nak check saman,silalah klik kat SINIsaya dah check tadi. saya kena 3 saman..tak sedar entah bile kejadian tu berlaku...hermm...
Posted by shelan 109 at 2:43 AM
0 comments:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom
Posted by usyarif_hardyboyz at 1:53 AM 0 comments
Zaman Mesolitik
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan.
Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM.
Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik.
Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.
TEMPAT KEDIAMAN
§Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah.
§ Yang berbeza sikit ialah sekarang
•Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
•Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan.
• Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan.
•Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
• Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.
Peralatan.
•Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang.
•Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik.
•Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit.
• Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.
§ Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka.
§Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya.
§ Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka .
Posted by usyarif_hardyboyz at 1:27 AM 0 comments
Pengenalan tentang wau dengan lebih mendalam
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.
Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanit
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga meru
Dikir Barat
Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.
Proses mengikat rangka bingkai wau.
1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Proses tanah wau.
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur,melukis dan menyobek corak.
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruan .
3.Corak perlu dipotong meggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
g kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu.
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu
Proses membuat serta memasang belalai.
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau
Proses Membuat Serta Memasang Busur.
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.
Posted by usyarif_hardyboyz at 12:59 AM 0 comments
Tuesday, April 29, 2008
Pesanan untuk korang
KOrang dah ada blogspot sendiri ha!!!!!Kalau tak ada cepat-cepatlah jumpa aku...Nanti bolehlah aku ajarkan!!!!!!!!
Posted by usyarif_hardyboyz at 6:59 PM 0 comments
Tun Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Jadual isi kandungan
[tutup]
1 Kehidupan awal
2 Kerjaya politik
3 Garis masa
4 Lihat juga
5 Rujukan
//
[sunting] Kehidupan awal
Dilahirkan di Bukit Gambir, Muar, Johor, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
[sunting] Kerjaya politik
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
[sunting] Garis masa
· 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
· 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
· 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
· 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
· 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
· 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
· 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
· 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
· 1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
· Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
· 1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
· 1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
· 1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
· 1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
· 1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
· 1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
· 1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
· 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
· 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
· 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
· 1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
· 1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
· 1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
· 1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
· 1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
· 1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
· 1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
· 1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
· 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
· 1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
· 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
· 1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
· 1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang
· 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
· 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:07 AM 0 comments
Isu Masalah Sosial
Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar .
Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu cahaya berpeluang menemu ramah Prof.Dr Fatimah Yussof,Ketua ProgramPsikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.
Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”
Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.
Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”
Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”
“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”
“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.
“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.
“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.
Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:04 AM 0 comments
Tunku Abdul Rahman
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Senarai kandungan
[tutup]
1 Kehidupan peribadi
1.1 Pendidikan
1.2 Keluarga
2 Kerjaya politik
2.1 Laluan ke kemerdekaan
2.2 Sebagai Perdana Menteri
3 Kegiatan Islam
4 Kehidupan kemudian
5 Garis masa
6 Rujukan
7 Pautan luar
//
[sunting] Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.
[sunting] Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
[sunting] Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
[sunting] Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
[sunting] Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
[sunting] Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
[sunting] Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.
[sunting] Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:00 AM 0 comments
Monday, April 28, 2008
Ulasan Khir Toyo Tentang Anugerah Penyapu
Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian. Baru-baru ini sebuah akhbar dengan lantang mendakwa kekalahan Barisan Nasional di Selangor merupakan Padah Penyapu yang dikatakan sebagai satu bentuk sial. Justeru izinkan saya mengulas sedikit isu ini supaya ia tidak lagi berpanjangan.
Sebagai seorang Ketua Kerajaan yang selalu mendapat aduan berkaitan dengan ketidakcekapan pegawai-pegawai di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya, berkaitan dengan masalah-masalah penyelenggaraan yang terabai langsung. Isu ini turut sering kali ditimbulkan oleh media massa utama negara TV3. Pada suatu ketika kredebiliti dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan turut terhakis.
Apabila saya menghubungi pegawai-pegawai PBT, jawapan mudah mereka ialah tiada peruntukan untuk menyelenggarakan kawasan jagaan mereka. Ini menunjukkan masalah pendapatan PBT yang tidak seimbang dengan perancangan.
Menyedari masalah ini saya mengambil pendekatan untuk mengatasai dengan memastikan cukai yang dipungut mencapai tahap sekurang-kurangnya 50% untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga mencari peruntukan di peringkat negeri untuk diberikan kepada PBT.
Perbincangan juga kerap diadakan. Laporan saban minggu dibentang. Namun prestasi tahap kecekapan pegawai masih terlalu rendah. Dalam satu mesyuarat, saya telah mencadangkan pada awalnya sistem rating diperkenalkan.
Siapa yang mendapat rating tertinggi atau terbaik akan diberi peluang untuk membuat lawatan ke luar negara bagi meningkatkan kecekapan mereka. Bagi mereka yang mendapat rating terendah pula diwajibkan untuk belajar dengan rakan PBT dalam negeri Selangor atau di dalam negeri-negeri di Malaysia.
Sistem rating ini digunakan untuk beberapa tahun dan namun tidak membawa sebarang kesan positif.
Pada satu mesyuarat lain, kita telah mengambil keputusan mana-mana PBT yang mencapai tahap kecekapan 80% dianggap cemerlang dan diberi ganjaran dengan membuat lawatan luar negara dengan tujuan belajar dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi kecekapan.
Bagi PBT yang gagal mencapai paras minima akan dikenakan tindakan tertentu untuk mereka bagi menyedari terlalu banyak masalah perlu diselesaikan.
Banyak tindakan bagi membantu atau merubah sikap kerja bagi mencapai tahap minima ini telah dilaksanakan namun ia gagal membawa perubahan. Antaranya ialah menegur Ketua Jabatan dan kakitangan, mengambil tindakan "mempetisejukkan" pegawai tertentu yang ternyata gagal dengan tugas, menahan kenaikan pangkat dan juga pemberhentian bagi pegawai kontrak yang gagal mencapai tahap minima juga diambil.
Malangnya semua tindakan ini tidak memberi kesan positif. Masih ada lagi PBT yang tidak mengambil endah dengan pencapaian mereka. Saya terus menerima aduan kekecewaan rakyat terhadap prestasi buruk PBT berkenaan. Malah ada rakyat yang mengatakan lebih baik tiada perkhidmatan diberikan supaya rakyat tidak mengharapkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan.
Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, saya mengambil tindakan untuk menghantar pengawai-pegawai ini berkursus bagi tujuan meningkatkan tahap kecekapan dan disiplin pegawai di PBT berkenaan.
Pada ketika itu, saya amat bimbang dan khuatir rakyat kurang percaya kepada mereka dan ini memberikan kesan yang buruk kepada kerajaan. Justeru satu perbincangan telah diadakan oleh pegawai-pegawai PBT seluruh Selangor.
Ada yang mencadangkan memberhentikan atau membuang kerja pegawai-pegawai yang telah dikategorikan pasif dan tidak produktif. Ada cadangan untuk mengambil tindakan memberi hadiah simbolik sebagai lambang untuk mereka meningkatkan produktiviti mereka.
Lebih ramai yang bersetuju dengan cadangan untuk memberi hadiah simbolik ini. dalam perbincangan itu juga timbul beberapa cadangan seperti, "menggantung selipar buruk di leher", "Memakaikan baju buruk" dan ada juga yang mencadangkan supaya diberi hadiah penyapu.
Hadiah Penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut.
Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan. Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui seabagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima.
Perkara ini diputuskan setahun awal dengan tujuan memberi masa secukupnya kepada PBT meningkatkan tahap kecekapan mereka. Pelbagai kelonggaran juga diberikan seperti menukar jumlah hutang kepada aset seperti hartanah dan sebagainya.
Semua PBT telah mencapai tahap cemerlang kecuali satu PBT yang tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan. Dan kita telah membuat keputusan bersama untuk menghadiahkan penyapu tersebut.
Walaupun kita terus membantu PBT melepasi tahap minima tersebut namun ia masih gagal untuk melaksanakannya.
Justeru saya perlu mengotakan keputusan mesyuarat untuk mengelakkan tanggapan saya seorang ketua yang pilih kasih. Jika ini berlaku ia pasti memberi memberi impak negatif kepada mereka yang berjaya melepasi tahap minima dan cemerlang.
Saya juga akan dianggap sebagai seorang ketua yang tidak menunaikan janji. Atas dasar itulah dengan rasa berat hati saya membuat keputusan untuk meneruskan anugerah tersebut. Kerajaan negeri tiada niat langsung untuk memalukan mana-mana individu. Hadiah tersebut diberi kepada PBT berkenaan bukannya kepada individu tertentu.
Dan kita melaksanakan ini atas kepercayaan bahawa penyapu tidak membawa impak sial dalam hidup. Bagi saya tiada hari, tiada bulan, tiada tahun dan tiada benda-benda yang boleh mendatangkan sial dalam kehidupan. Itu jelas dinyatakan dalam al-Quran.
Saya tahu memalukan pegawai adalah perkara yang membawa dosa.
Saya jelaskan sekali lagi keputusan ini telah dipersetujui bersama termasuk oleh PBT berkenaan dan ia bukan diberikan kepada individu. Malahan YDP PBT tersebut pada awalnya menerima dengan hati terbuka seperti dilaporkan oleh media massa. Namun beberapa hari kemudian berubah nada. Tidaklah jelas kepada saya apa yang berlaku di belakang tabir sehingga ia boleh berubah demikian.
Tujuan anugerah ini hanya sebagai lambang peringatan agar PBT tersebut membersihkan masalah dan ketidakcekapannya. Saya sebenarnya amat menyayangi para pegawai kerajaan dan mengharapkan rakyat juga menyayangi mereka dan menghormati mereka. Pegawai-pegawai yang disayangi rakyat adalah mereka yang bertanggungjawab dan saya yakin sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan adalah mereka yang bertanggungjawab.
Saya kesal bila mana saya dianggap tidak sensitif dengan budaya yang saya anggap tidak wujud sama sekali. Dan saya yakin kepada al-Quran. Jika orang Melayu masih percaya perkara tahyul dan kurafat ini, bagaimana kita mengatakan kita telah berjaya merubah minda orang Melayu.
Saya katakan begini kerana bila mana saya mahu berpindah ke rumah sendiri, ibu saya membekalkan enam penyapu untuk saya gunakan membersihkan tumah. Saya juga lihat si tukang sapu juga bukan satu pekerjaan yang sial. Saya amat berharap kepada mereka yang masih berfikiran sebegini memikirkan semula adat manakah, kepercayaan manakah yang mereka fahami.
Ironinya selepas sahaja PBT ini mendapat hadiah penyapu, kadar kutipan cukai mencapai tahap cemerlang dan kecekapan PBT ini jelas meningkat. Rakyat kurang membuat aduan, kekecewaan dapat dikurangkan dan rakyat semakin senang dengan PBT tersebut.
Jika hadiah penyapu tersebut membawa sial kepada PBT tersebut, pastilah PBT tersebut akan lebih buruk pencapaiannya, orang lebih menyampah dengan pegawai-pegawainya dan PBT tersebut dianggap PBT yang tidak berfungsi. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Kepada mereka yang masih berfikiran jumud, saya harap dapat membuktikan ayat al-Quran atau Hadis mana yang menunjukkan penyapu itu sial. Adat manakah yang mengatakan si tukang sapu itu orang yang sial.
Adakah benar penyapu membawa sial atau pun sikap kita sendiri yang membawa "sial" sehinggakan kita tewas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu?
Saya berkeyakinan sikap dan tindakan kitalah yang menjadi punca kekalahan tersebut. Marilah kita sama-sama berfikir untuk mengenal pasti sikap, tindakan dan pemikiran "sial" kita daripada kita "mensialkan" penyapu. Selagi kita tidak mampu bersikap jujur dan melakukan muhasabah dan menerima kelemahan diri sendiri, rakyat akan terus menolak kita.
Saya percaya yang menjadikan kita "sial" ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh. Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap "sial" kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.
Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain!
Posted by usyarif_hardyboyz at 6:05 AM 0 comments
Nak buat layout
Assalamualaikum.........
Nak bina layout,ako sediakan latar yang cantik. So........ kat sini ada saya sertakan sedikit cara bagaimana untuk meletakkan latar yang saya kira cantik dan banyak pilihan. Paling penting, anda tidak perlu untuk mendaftar menjadi ahli. Sila klik disini
Bila dah berpuas hati dengan latar yang anda pilih, salin codic nya
.
Buka semula blog anda dan pergi ke 'customize' dan ambil paparan 'edit HTML'
'Highlight' script Java kemudian 'delete'. Lepas tu 'paste' script Java yang anda telah 'copy' dari lamanweb pyzam tadi. Hasilnya sungguh memuaskan.
Tapi, anda perlu ingat. Pastikan blog anda tidak mempunyai skrip Java yang lain kerana ianya secara automatik akan membuangkan semua skrip java tersebut.
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:54 AM 0 comments
Assalamualaikum.........
Nak bina layout,ako sediakan latar yang cantik. So........ kat sini ada saya sertakan sedikit cara bagaimana untuk meletakkan latar yang saya kira cantik dan banyak pilihan. Paling penting, anda tidak perlu untuk mendaftar menjadi ahli. Sila klik disini
Bila dah berpuas hati dengan latar yang anda pilih, salin codic nya
.
Buka semula blog anda dan pergi ke 'customize' dan ambil paparan 'edit HTML'
'Highlight' script Java kemudian 'delete'. Lepas tu 'paste' script Java yang anda telah 'copy' dari lamanweb pyzam tadi. Hasilnya sungguh memuaskan.
Tapi, anda perlu ingat. Pastikan blog anda tidak mempunyai skrip Java yang lain kerana ianya secara automatik akan membuangkan semua skrip java tersebut.
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:54 AM 0 comments
Beras
“Beras dah abis” bagitau mama.
Aku yang baru saja keluar dari bilik air sedikit tersentak. Diam seketika sebelum kembali menyambung kata-kata. “Eh, macam mana pulak boleh habis. Kerajaan dah kata bekalan mencukupi”
“Itu peringkat nasional. Nie beras kat rumah dah tak der nie”
Aku kembali terdiam. Kalau tak der beras nak makan aper pulak malam nie. Nak makan kat luar pun, duit kat dompet tinggal beberapa keping jer. Itu pun yang kaler biru. Malas pulak nak pegi cari ATM malam-malam nie.
Soal beras tiada bukan perkara yang boleh dipandang remeh.. Bila dah lapar sebab tak makan, orang akan jadi lebih cepat marah. Atas alasan nak cari makan, kita sanggup lakukan apa saja. Mungkin kerana kita dah biasa hidup mewah dengan makanan. Di negara orang, ada yang mati kebuluran tak makan. Di negara sendiri, ada yang sakit berpunca dari pemakanan.
Macam tak percaya. Rasanya aku masih ingat pelajaran Geografi yang aku dah ajar pada bebudak kat sekolah. Akan makmurnya negara ini dengan limpahan hasil pertanian. Padi diusaha secara meluas di beberapa negeri.
Mungkin kerana perubahan corak hidup dan sosio ekonomi. Tiada lagi yang mahu turun ke bendang. Kalau berselut pun, cuma kanak-kanak yang sibuk mencari ikan laga. Apakah kerana pagar yang makan padi, bekalan yang dicari semakin kurang hari ke hari.
Dalam kebingungan, aku terima SMS.
“Balik rumah jap malam nie. Ada sedara datang dari Perak” tulis mak aku.
“Jom” kata aku pada mama.
“Mana”
“Beras takder. Tak leh masak. Kita makan kat luar”.
* Malam tu, kami sekeluarga makan kat rumah mak aku jer. Alah..setakat 30 km jer jarak rumah kami. Bukan jauh pun. Mak datuk.....................
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:51 AM 0 comments
Kisah Along
Pagi tu, kawan sekerja datang dalam keadaan sugul. Heran gaks aku, selalunya dia akan sentiasa ceria walaupun selalu datang lambat.
Rupa-rupanya rumah dia dah kena simbah cat. Abis kereta ngan rumah berwarna merah. Heran gak, setahu tak lak dia ngan suaminya pernah pinjam ngan Along. Aku ngan member yang lain cuba tenteramkan dia. Macam-macam spekulasi dan andaian kami buat untuk mengurangkan sugulnya.
Esoknya......... Dia datang dengan agak ceria sedikit. Rupa-rupanya........ Along tue dah salah rumah. Nombor jalan ngan rumah hampir-hampir sama. Tengah malam tu, mungkin takut kena marah ngan boss, kedua-dua rumah disimbah ngan cat merah. Dah alang-alang nak menyimbah katenya.
Yang jadi mangsa member aku nie lah. Tak pasal-pasal husbandnya kena ambik cuti bersihkan rumah ngan kereta. Dunia-dunia..............................
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:49 AM 0 comments
Coretan Si Hutang dan Pemberi Hutang
Ingat. Pesan mama. Pesan abah. Pesan nenek. Pesan atuk. Pesan semua insan-insan yang terlebih dahulu merasai masinnya garam. Hutang mesti dibayar. Jangan bertangguh, Bila bertimbun kan jadi beban yang tak tertanggung.
Dapat gaji, perkara pertama harus diselesaikan hutang yang sepatutnya. Bayar duit kete, sewa rumah, bil utiliti, pinjaman pelajaran, takaful. Juga hutang dengan kedai mamak, kawan-kawan atau sedara mara. Ada lebih buat simpananan. Macam kau simpan dalam tabung masa kecil-kecil dahulu. Ada lagi baru kita enjoy..kata Nora Danish.
“Nah.. hutang kamu. Aku bayar tunai. RM300”
“Oh… terima kasih. Tapi kan, mula-mula sekali kau pinjam RM180, pastu tambah RM75, pastu RM50 dan kemudian yang terakhir sekali minggu lepas RM40. Betul kan”
“Aha. Betullah tu”
“Bukan ker jumlahnya RM345”
“Ngko nie, nama jer kerja pegawai kerajaan. Ngko dah lupa ker, mulai 1 April 2008, Kerajaan dah perkenalkan Mekanisme Penggenapan supaya pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan mudah”
“Ya. Itu aku tahu. Tapi itu untuk 5 sen yang terdekat. Bukan kepada ratus yang terhampir”
“Hehe. Yer ker. Sajer jer wat lawak April Fool. Esok lusa aku langsai la baki tu.”
* Apa itu Mekanisme Penggenapan. Baca di sini juga di sini.
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:46 AM 0 comments
Email ako
Kalau nak chatting dengan ako,jangan malu-malu chatting dengan ako.Email ako ialah mohamadusyarif.mohdfaisal@gmail.com
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:38 AM 0 comments
Sunday, April 27, 2008
Ha...ha...ha
Assalamualaikum semua...............
Hari nielah ari paling seronok. Sebab???????
Ako dah ade blog sendiri
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:21 PM 0 comments







