Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor. Bekas Wanita Pertama Malaysia yang keempat ini merupakan seorang daripada doktor wanita yang pertama di Malaysia dan merupakan Pegawai Perubatan wanita pertama di negeri Kedah. Dr. Siti Hasmah memulakan pengajiannya di Methodist Girls School, Kuala Lumpur. Beliau adalah di antara wanita Melayu pertama yang ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.
Pada tahun 1955, beliau telah menerima Ijazah Doktor Perubatan daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Singapura dan kemudian berkhidmat di dalam perkhidmatan perubatan kerajaan. Sepuluh tahun kemudian, beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak, dan pada 1974, beliau juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.
Dr. Siti Hasmah merupakan penulis kepada beberapa artikal dalam perubatan keluarga dan faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan mengandung dan pembesaran kanak-kanak di Malaysia.
Beliau juga menaburkan jasa kepada negara melalui penglibatan yang aktif dan memegang jawatan dalam pegerakan sosial seperti Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah, Presiden Persatuan Yayasan Perubatan Malaysia, Presiden Persatuan Pemulihan Kanak-kanak Cacat, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, Penasihat Persatuan Kesihatan Ibu Mengandung dan Neonatal dan Penasihat Persatuan Pediatrik Malaysia.
Dr. Siti Hasmah merupakan seorang wanita tabah yang sentiasa berada di sisi suami tersayang untuk sama-sama merasai kehidupan sama ada sewaktu susah mahupun senang.
Sebagai satu-satunya gadis Melayu ketika itu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, hubungan sebagai kawan seperjuangan dirapatkan lagi dengan ikatan perkahwinan yang kekal sehingga ke hari ini. Kasih sayang yang terjalin semakin mendalam dengan kehadiran anak-anak tersayang.
Kedudukan beliau sebagai doktor perubatan dan isteri kepada Perdana Menteri membolehkan beliau menjalankan banyak tugas-tugas kemasyarakatan dengan tujuan memberikan kesejahteraan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini khususnya berkenaan kesihatan wanita, perancangan keluarga, kawalan penyalahgunaan dadah dan buta huruf di kalangan orang dewasa.
Sebagai bekas Presiden BAKTI (Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri), beliau aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dadah sehingga dijemput menghadiri First Ladies' Conference on Drug Abuse di Washington DC. Jemputan pada tahun 1985 itu dilakukan sendiri oleh Nancy Reagan, bekas wanita Pertama Amerika Syarikat juga isteri kepada Presiden Ronald Reagon (mendiang)
Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, beliau sedar akan kepentingan pendidikan kepada masyarakat khususnya para wanita bagi memperbaiki kehidupan mereka. Sebab itulah beliau banyak menarajui persatuan yang mempunyai kaitan tentang wanita dan anak-anak seperti pengerusi Persatuan Perancangan Keluarga Kedah, Presiden Pandu Puteri Malaysia, Presiden Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia dan banyak lagi.
Walaupun beliau banyak menyumbang bakti kepada rakyat seluruh negara namun rakyat Kubang Pasu tetap berada hampir di hatinya. Ini terbukti apabila beliau menjadi Penasihat Utama Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu dan melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti pendidikan kepada warga Kubang Pasu.
Segala jasa, sumbangan dan semangat dedikasi beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan sememangnya telah membolehkan beliau memperolehi banyak penghargaan antaranya Anugerah Kazue McLaren oleh Asia Pacific Consortium for Public Health pada 1988, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Perubatan pada 1991 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga pingat dari Yang Dipertua Agong, Sultan Selangor dan Sultan Kedah.
Selain daripada itu, kewibawaan beliau semasa menjadi Wanita Pertama begitu ketara sehinggga dijemput menghadiri First Ladies Summit for the Economic Advancement of Rural Women di Geneva oleh Queen Fabiola dari Belgium pada tahun 1992.
Di persidangan tersebut, Tun Dr. Siti Hasmah telah terpilih sebagai seorang daripada enam Core-Group Initiators of First Ladies yang mewakili rantau Asia Pasifik. Di persidangan tersebut jugalah Geneva Declaration on Rural Women disahkan bagi merumus dasar-dasar dan program-program untuk memajukan ekonomi para wanita di kawasan pedalaman.
Komitmen beliau dalam memperjuangkan kesejateraan wanita luar bandar dan pedalaman begitu disanjung tinggi oleh rakan-rakan seperjuangan beliau apabila pada September 1995, beliau dilantik sebagai pengerusi Regional Steering Committee on the Economic Advancement of Rural and Island Women bagi rantau Asli Pasifik.
Kesibukan beliau sememangnya tidak menghalang beliau aktif bersukan untuk menjaga kesihatan badan dan badminton ialah sukan yang mempunyai nilai sentimental dalam dirinya.
Pada 21 Jun lalu, jawatankuasa Sukan dan Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menganugerahkan beliau Anugerah Sukan dan Wanita 2004 bagi menghargai segala sumbangan beliau dalam sukan badminton.
Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini sangat aktif melibatkan diri dalam hal ehwal sukan badminton negara sehingga beliau dianggap sebagai ibu kepada para pemain badminton negara.
Kejayaan beliau yang paling manis adalah apabila Malaysia berjaya membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992 selepas kali terakhir piala tersebut berada di negara ini pada tahun 1985.
Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Wanita Pertama negara dan juga hal-hal kemasyarakatan, beliau masih mempunyai masa untuk bersama-sama anak-anak dan cucu-cucu kesayangan di samping melakukan kegiatan yang menjadi kegemaran di waktu lapang.
Tun Dr. Siti Hasmah telah membuktikan bahawa kaum wanita mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Sumbangan kaum wanita melalui contoh yang ditunjukkan oleh Dr. Siti Hasmah merupakan pemangkin ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni.
Saturday, October 18, 2008
DOKTOR WANITA PERTAMA DAN PEGAWAI PERUBATAN WANITA
Posted by usyarif_hardyboyz at 4:52 AM 1 comments
KERJAYA SEBAGAI PERDANA MENTERI
Era
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.
Asal Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Di arena antarabangsa
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Membangunkan Malaysia
Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:
· Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
· Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.
Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.
Pemimpin yang berjiwa rakyat
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Posted by usyarif_hardyboyz at 4:50 AM 0 comments
Juruterbang gagah membelah awan
MENAKLUK awam biru sering kali menjadi antara cita-cita yang diidamkan. Bagi anak gadis, baju kebaya cantik yang disarung pramugari menjadi impian manakala anak teruna pula, lebih teruja dengan kerjaya sebagai juruterbang.Bukan saja pakaian kemas yang kelihatan amat segak bila dikenakan, cabaran, imej, gaji (purata RM5,000 hingga RM25,000) dan pulangan lumayan pastinya menjadi tarikan. Namun, bukan semua yang bernasib baik dapat menjalani latihan penerbangan dan bergelar juruterbang. Kelayakan akademik yang baik, satu caturan dan paling utama, yuran pengajiannya amat mahal sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul seorang juruterbang.Beratus, beribu, malahan puluhan ribu nyawa `di tangan’. Sebarang kesilapan dan ketidakupayaan menangani sebarang masalah ketika terbang laju di udara akan membawa 1,001 keburukan.Kerana itu juga, latihan yang perlu dijalani sebelum bergelar juruterbang amat mencabar keupayaan dan ketahanan mental serta fizikal. Bagi yang berminat bergelar juruterbang, Asia Pacific Flight Training (APFT) adalah lokasi tepat mengejar cita-cita.Bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan, sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia ini menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT, Mejar (B) Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat dan memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL), berkata bukan mudah menjadi juruterbang. “Banyak ujian, halangan dan cabaran yang perlu dilalui. Saya sendiri mengikuti kursus jurulatih di Royal Air Force College Shawbury, United Kingdom dan kursus keselamatan penerbangan dengan UCLA, California, selain kursus pengurusan penerbangan di RAF College Cranwell dan Weybridge, London, United Kingdom. “Namun, setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain di dunia,” katanya yang menguruskan 65 bakal juruterbang ketika ini.Bakal juruterbang, Abdul Rahman Abdul Malik, 20, anak kelahiran Sarawak, amat bertuah kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang bakal menjadi kenyataan.Dia yang dulunya mengikuti pengajian A Level di New Zealand mengambil keputusan beralih haluan dan mengejar cita-cita yang ditanam sedari kecil.Lebih bertuah apabila hasrat Abdul Rahman menjadi juruterbang disokong penuh keluarga yang bersedia membiayai pengajiannya di sebuah sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia, Asia Pacific Flight Training (APFT), di Pengkalan Chepa, Kelantan.Anak bongsu daripada lima beradik, Ahmad Syamil Othman, 19, juga amat bertuah kerana cita-cita menjadi juruterbang mendapat sokongan keluarga.Lulusan jurusan sains komputer kolej swasta itu mengakui kerjaya juruterbang bukan mudah. Latihannya juga sudah cukup menguji. Pengalaman pertama membuat pusingan tajam pada ketinggian lebih 2000 kaki dengan pesawat satu enjin ketika latihan memang mengerikan namun ia bukan halangan baginya untuk menggapai cita-cita.“Alah bisa tegal biasa. Saya sukakan kerjaya ini dan pasti akan bergelar juruterbang satu hari nanti. Saya tidak akan sia-siakan pengorbanan keluarga yang sanggup membiayai pengajian di APFT,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.Pelatih APFT yang dibiayai Penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Ridhzuan Sapri, 25, dari Sabah, berkata dia memohon menjadi juruterbang kerana minat yang mendalam."Meskipun mampu mendapatkan pekerjaan selesa dengan ijazah daripada Universiti Multimedia yang saya miliki, saya tetap memilih juruterbang sebagai kerjaya kerana beranggapan ia kerjaya yang amat mencabar,” katanya.Bekas pelajar Kolej Damansara Utama Kuala Lumpur, Ashwin Ganapathy, 19, berkata keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu melayakkan dia mendapat biasiswa kerajaan bagi mengikuti pengajian di situ.
Posted by usyarif_hardyboyz at 4:49 AM 0 comments
KERJAYA SEBAGAI AHLI FARMASI
Farmasi ditafsirkansebagai pembuatan dan pemberian ubat. Farmasi adalah satu kerjaya di manaahli-ahli farmasi membuat kajian untuk mencipta ubat-ubat baru. Ahli farmasijuga bertanggung-jawab memberikan ubat kepada pesakit-pesakit(dispensing).
Terdapat beberapa sektordi mana ahli-ahli farmasi diperlukan :
· JabatanKerajaan - di Malaysia, terdapat duatempat utama di mana tenaga ahli farmasi diperlukan.Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan(BPFK)adalah tempat di mana ubat-ubatdidaftarkan. Ubat-ubat yang hendak daftarkan hendaklah menjalankan beberapaujian di BPFK. BPFK juga memeriksa kilang-kilang untuk menentukan pembuatanubat-ubat dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan (Good ManufacturingPractice, GMP). Bidang penguatkuasa farmasi pula bertanggung-jawab memeriksa danmenentukan farmasi-farmasi, klinik-klinik dan kedai-kedai lain menjual ubatmenurut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan herba yangmengandungi ubat-ubatan terkawal seperti steroid adalah di bawah pengawasanUnit Penguatkusa Farmasi(UPF) ini. Selain itu, UPF juga bertindakmenurut akta-akta lain yang telah ditentukan.
· Hospital. Di hospital pemberian ubatkepada pesakit adalah di bawah kawal selia ahli farmasi. Ahli-ahli farmasimengawasi hospital assistants (HA) dalam pemberian ubat-ubatan.
· Peruncitan. Farmasi-farmasi yangdibuka menjual ubat-ubat kawalan dan ubat-ubat biasa (over-the counter, OTC)seperti Panadol dsb.
· Industri. Dalam sektor ini ahlifarmasi bertanggung-jawab dalam pengeluaran ubat, impot dan ekspot dan jugaresearch and development (R&D). Walaubagaimanapun, R&D di Malaysiatidaklah begitu ketara. Kebanyakannya dilakukan oleh negara-negara kaya. Itulahsebabnya, negara-negara tersebut boleh mengeluarkan ubat-ubatan baru danubat-ubatan yang semakin canggih.
Isu
Antara isu yang hangatdiperkatakan di Malaysia ialah isu "dispensing right" di mana ahli-ahli farmasimeminta hak mereka sebagai seorang ahli farmasi dalam memberikan ubat(dispensing) dapat dipenuhi. Di Malaysia, hak membuat diagnosis dan memberipreskripsi adalah di tangan para doktor. Bagaimanapun, hak dispensing yangsepatutnya dimiliki oleh ahli farmasi juga dipegang bersama oleh paradoktor.
Bidang farmasi diMalaysia bolehlah dikatakan masih lagi baru. Ia belum lagi berkembang seperti dinegara-negara maju, terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Fungsi ahlifarmasi belum lagi dijalankan sepenuhnya seperti negara-negaratersebut.
Di negara-negara majuseperti Amerika Syarikat dan Eropah, dan juga negara-negara lain sepertiAustralia, negara-negara Arab, New Zealand, Pakistan, Bangladesh dan Indonesiapara doktor tidak dibenarkan memberi ubat. Mereka hanya diberikan hak untukmengeluarkan preskripsi dan ubat-ubat hendaklah diambil atau dibeli darifarmasi. Pada tahun 2000 Korea Selatan telah mula menguatkuasakan undang-undangyang sama. Walaupun mendapat tentangan hebat dari para doktor, akhirnyaundang-undang tersebut dijalankan juga.
Pelbagai hujahdikeluarkan dikeluarkan kedua-dua pihak seperti tidak cukupnya bilangan farmasiyang berkecimpung dalam bidang peruncitan atau farmasi yang buka 24 jam. Ahlifarmasi pula berhujah bahawa kos perubatan akan menjadi lebih murah bila hakdispensing diberikan kepada ahli farmasi. Antara hujah lain yang diketengahkanoleh ahli farmasi ialah :
· Ahli farmasi lebihmendalami mengenai ubat-ubatan yang diambil
· Harus ada satu sistem dimana counter-check boleh dilakukan. Dengan konsep sekarang di mana doktormembuat diagnosis dan memberi ubat, pesakit tidak boleh membuat counter-checktentang ubat-ubatan yang diambil. Ahli farmasi lebih mengetahui tetangkesan-kesan sampingan ubat, interaksi antara ubat-ubat dan sebagainya. Sekiranyatugas dispensing diberikan kepada ahli farmasi, beliau boleh counter-checkubat-ubat yang dipreskripsikan oleh doktor. Baru-baru ini contohnya kitadikejutkan dengan berita kematian seorang bayi yang mengambil paracetamol(Panadol) dalam dos yang tinggi. Perkara ini mungkin boleh dielakkan sekiranyaada counter-check antara prescription dan dispensing.
· Ketidak-cukupan bilanganahli farmasi bukanlah satu isu yang besar. Ia adalah isu "chicken and egg". Ahlifarmasi keberatan untuk membuka farmasi kerana hak dispensing tidak merekamiliki. Sekiranya hak dispensing tersebut diberikan kepada ahli farmasi, kamiyakin akan banyaklah farmasi yang akan dibuka, di serata ceruk di Malaysia. Silabaca rencana yang ditulis oleh Utusan Pengguna Februari, 2001 di bawah.
· Masahadapan
Walaupun hak dispensing masih belum diberikan kepada ahli farmasi,prospek pekerjaan dalam bidang ini agak cerah. Bilangan ahli farmasi di Malaysiaadalah tidak mencukupi. Kadar seorang ahli farmasi : penduduk adalah sekitar1:7,000.Lebih banyak farmasi perlu dibuka untuk memperkenalkan bidangini kepada orang awam. Kebanyakan farmasi dibukadi bandar-bandar kerana orang-orang bandar lebih mementingkan kesihatan mereka.Mereka lebih bersedia untuk mengambil makanan-makanan tambahan seperti vitaminsdsb. Ahli farmasi harus memberikan penerangan yang lebih berkesan mengenaiperkara ini. Konsep pencegahan lebih baik daripada rawatan telah dapat diterimaoleh kebanyakan orang.Ada juga orang ramai yangtidak suka mengambil ubat berlebihan kerana kesan-kesan buruk ubat tersebut.Ahli farmasi boleh mencadangkan rawatan-rawatan alternatif yang ada.Ahli farmasi hendaklahberkerja bersama-sama dengan doktor untuk menaikkan taraf kesihatan penduduk Malaysia.
Posted by usyarif_hardyboyz at 4:47 AM 0 comments







