CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 18, 2008

DOKTOR WANITA PERTAMA DAN PEGAWAI PERUBATAN WANITA

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor. Bekas Wanita Pertama Malaysia yang keempat ini merupakan seorang daripada doktor wanita yang pertama di Malaysia dan merupakan Pegawai Perubatan wanita pertama di negeri Kedah. Dr. Siti Hasmah memulakan pengajiannya di Methodist Girls School, Kuala Lumpur. Beliau adalah di antara wanita Melayu pertama yang ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.

Pada tahun 1955, beliau telah menerima Ijazah Doktor Perubatan daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Singapura dan kemudian berkhidmat di dalam perkhidmatan perubatan kerajaan. Sepuluh tahun kemudian, beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak, dan pada 1974, beliau juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.

Dr. Siti Hasmah merupakan penulis kepada beberapa artikal dalam perubatan keluarga dan faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan mengandung dan pembesaran kanak-kanak di Malaysia.

Beliau juga menaburkan jasa kepada negara melalui penglibatan yang aktif dan memegang jawatan dalam pegerakan sosial seperti Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah, Presiden Persatuan Yayasan Perubatan Malaysia, Presiden Persatuan Pemulihan Kanak-kanak Cacat, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, Penasihat Persatuan Kesihatan Ibu Mengandung dan Neonatal dan Penasihat Persatuan Pediatrik Malaysia.

Dr. Siti Hasmah merupakan seorang wanita tabah yang sentiasa berada di sisi suami tersayang untuk sama-sama merasai kehidupan sama ada sewaktu susah mahupun senang.

Sebagai satu-satunya gadis Melayu ketika itu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, hubungan sebagai kawan seperjuangan dirapatkan lagi dengan ikatan perkahwinan yang kekal sehingga ke hari ini. Kasih sayang yang terjalin semakin mendalam dengan kehadiran anak-anak tersayang.

Kedudukan beliau sebagai doktor perubatan dan isteri kepada Perdana Menteri membolehkan beliau menjalankan banyak tugas-tugas kemasyarakatan dengan tujuan memberikan kesejahteraan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini khususnya berkenaan kesihatan wanita, perancangan keluarga, kawalan penyalahgunaan dadah dan buta huruf di kalangan orang dewasa.

Sebagai bekas Presiden BAKTI (Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri), beliau aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dadah sehingga dijemput menghadiri First Ladies' Conference on Drug Abuse di Washington DC. Jemputan pada tahun 1985 itu dilakukan sendiri oleh Nancy Reagan, bekas wanita Pertama Amerika Syarikat juga isteri kepada Presiden Ronald Reagon (mendiang)

Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, beliau sedar akan kepentingan pendidikan kepada masyarakat khususnya para wanita bagi memperbaiki kehidupan mereka. Sebab itulah beliau banyak menarajui persatuan yang mempunyai kaitan tentang wanita dan anak-anak seperti pengerusi Persatuan Perancangan Keluarga Kedah, Presiden Pandu Puteri Malaysia, Presiden Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia dan banyak lagi.

Walaupun beliau banyak menyumbang bakti kepada rakyat seluruh negara namun rakyat Kubang Pasu tetap berada hampir di hatinya. Ini terbukti apabila beliau menjadi Penasihat Utama Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu dan melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti pendidikan kepada warga Kubang Pasu.

Segala jasa, sumbangan dan semangat dedikasi beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan sememangnya telah membolehkan beliau memperolehi banyak penghargaan antaranya Anugerah Kazue McLaren oleh Asia Pacific Consortium for Public Health pada 1988, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Perubatan pada 1991 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga pingat dari Yang Dipertua Agong, Sultan Selangor dan Sultan Kedah.

Selain daripada itu, kewibawaan beliau semasa menjadi Wanita Pertama begitu ketara sehinggga dijemput menghadiri First Ladies Summit for the Economic Advancement of Rural Women di Geneva oleh Queen Fabiola dari Belgium pada tahun 1992.

Di persidangan tersebut, Tun Dr. Siti Hasmah telah terpilih sebagai seorang daripada enam Core-Group Initiators of First Ladies yang mewakili rantau Asia Pasifik. Di persidangan tersebut jugalah Geneva Declaration on Rural Women disahkan bagi merumus dasar-dasar dan program-program untuk memajukan ekonomi para wanita di kawasan pedalaman.

Komitmen beliau dalam memperjuangkan kesejateraan wanita luar bandar dan pedalaman begitu disanjung tinggi oleh rakan-rakan seperjuangan beliau apabila pada September 1995, beliau dilantik sebagai pengerusi Regional Steering Committee on the Economic Advancement of Rural and Island Women bagi rantau Asli Pasifik.

Kesibukan beliau sememangnya tidak menghalang beliau aktif bersukan untuk menjaga kesihatan badan dan badminton ialah sukan yang mempunyai nilai sentimental dalam dirinya.

Pada 21 Jun lalu, jawatankuasa Sukan dan Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menganugerahkan beliau Anugerah Sukan dan Wanita 2004 bagi menghargai segala sumbangan beliau dalam sukan badminton.

Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini sangat aktif melibatkan diri dalam hal ehwal sukan badminton negara sehingga beliau dianggap sebagai ibu kepada para pemain badminton negara.

Kejayaan beliau yang paling manis adalah apabila Malaysia berjaya membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992 selepas kali terakhir piala tersebut berada di negara ini pada tahun 1985.

Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Wanita Pertama negara dan juga hal-hal kemasyarakatan, beliau masih mempunyai masa untuk bersama-sama anak-anak dan cucu-cucu kesayangan di samping melakukan kegiatan yang menjadi kegemaran di waktu lapang.

Tun Dr. Siti Hasmah telah membuktikan bahawa kaum wanita mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Sumbangan kaum wanita melalui contoh yang ditunjukkan oleh Dr. Siti Hasmah merupakan pemangkin ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni.

1 comments:

AZNIAL RAHMAT said...

Greetings and Good Day !

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)

Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com


Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833


Sender:-
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com