CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 28, 2009

PEMANDANGAN YANG BOLEHLAH DIKATAKAN INDAH





























Friday, August 14, 2009

MENILAI SEMULA UPSR (UJIAN PENILAIN SEKOLAH RENDAH)

Ada pihak mencadangkan, kenapa tidak dihapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), atau digubal semula untuk mengikut keperluan pendidikan dan rentak pembangunan negara. Bagaimanapun kerajaan berpandangan ia harus dikekalkan dengan pengubahsuasaian.Keputusan UPSR yang menjadi tanda aras kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh pula mungkin tidak dipakai, sebaliknya dicadangkan supaya mengambil mengambil kira pencapaian pelajar sepanjang enam tahun di sekolah rendah.Ada pihak pula berpandangan, sejak sekian lama sistem peperiksaan di sekolah kita terlalu memberi penekanan kepada aspek keputusan, bermakna markah maksimum menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pelajar.Melihat kepada keperluan pendidikan dan pembangunan sahsiah pelajar, masihkan UPSR ini relevan dengan keperluan pendidikan dan perkembangan mental dan jatidiri pelajar, atau sesuatu dilakukan secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan, tidak sekadar terhadap ujian ini.Hakikatnya, pelajar sekarang terlalu dibebani dengan tekanan supaya mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan sehingga meletakkan mereka dalam tekanan dan seluruh kehidupan harian mereka semata-mata untuk buku, guru dan tuisyen.Persoalan yang perlu diambil perhatian adalah apakah UPSR merupakan mekanisme yang tepat untuk menilai pelajar dan membekalkan barisan pelapis yang memasuki sekolah menengah, peringkat universiti dan pekerjaan.Persoalannya, apakah ujian ini perlu dihapuskan dan tidak perlu ada sebarang ujian yang berorientasikan keputusan, sebaliknya negara ada satu sistem persekolahan dan penilaian yang melahirkan pelajar yang cerdas dan kreatif pemikiran mereka.Lontarkan pandangan dan cadangan anda untuk U-Wartawan pada 30 Julai ini. Anda semua wartawan rakyat.

Tuesday, June 23, 2009

KEPENTINGAN MENGURUS MASA

Masa ialah sesuatu yang amat berharga kepada mereka yang tahu menilainya dan tidak hairanlah jika pepatah ada menyebut bahawa masa itu emas dan sewajarnya masa itu dijaga dan dikendalikan dengan sempurna. Jika masa untuk hari ini berlalu, ia kan terus meninggalkan kita dan kita tidak akan mampu untuk mencarinya lagi, hanya kita berpeluang menggunakan masa untuk hari esok pula bagi melaksanakan sesuatu yang kita rancangkan dan impikan.
Masa juga boleh diibaratkan seperti sebatang anak sungai yang mengalir tanpa henti. Jika kita hendak membuat sesuatu, kita harus cepat menggunakan air itu dengan bijak dan jika tidak, nikmat diberikan kepada kita akan terlepas begitu saja.
Sebab itu lah kita selalu diingatkan bahawa kita harus menguruskan masa dengan bijak . Jika tidak sudah pasti setiap kegiatan yang kita uruskan tidak akan menjadi.
Dunia hari ini bukan lagi seperti sepuluh tahun yang lepas. Dunia globalisasi pada hari ini memerlukan kita supaya lebih peka dan lebih efisien dengan pengunaan masa. Persaingan kini menjadi lebih serius, masing-masing mengejar masa untuk membuat itu dan ini. Sampaikan kadangkala tu masa untuk kita duduk bersama berbincang dengan keluarga juga amat terhad.
Jika pun ada masa, ia mungkin dibuat secara tergesa-gesa. Justeru itu, kualiti interaksi tidak seberapa dan kemesraan diharapkan tidak terjalin sepenuhnya.
Arus globalisasi mengakibatkan gaya hidup, makan, pakaian, cara bertindak, cara berfikir dan banyak lagi turut berubah. Selain suami yang mencari nafkah, isteri juga turut sama memberi sumbangan dengan keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Dengan bertambahnya jumlah suami isteri bekerja menyebabkan masa berkualiti untuk anak-anak menjadi semakin kurang. Bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih mesra dan lebih selesa berinteraksi , jika ibubapa mereka dapat meluangkan lebih banyak masa dengan mereka. Dengan itu mereka dapat meluahkan hasrat dan perasaan dan ibu bapa juga berpeluang mendalami serta menghayati kehendak dan keperluan anak-anak mereka.
Segelintir ibubapa mengeluh bagaimana untuk memberikan masa berkualiti kepada anak-anak mereka sedangkan mereka sehari suntuk terpaksa keluar bekerja. Terkadangnya mereka jadi tension dan mendapat stress dengan timbunan tugas di pejabat dan juga kerenah anak-anak menambahkan lagi masalah yang dihadapi.
Kadangkala rasa tertekan dengan beban tugas di tempat kerja dan juga berasa bersalah kerana tidak dapat mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak bertali arus memenuhi ruang fikiran.
Disebabkan oleh keadaan yang demikian ada ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak demi keselesaan dan keselamatan anak mereka. Tetapi ada juga yang menyesal apabila telah berhenti kerja, pendapatan berkurangan dan tidak tahu apa nak buat dan membiarkan masa terbuang begitu sahaja.
Ok..Jom kita kongsikan sedikit tips yang boleh membantu ibu yang dalam dilema samada hendak berhenti kerja atau tidak.
1. Buat perancangan untuk bercuti dengan memohon cuti tahunan beberapa ketika bagi menyesuaikan diri dengan situasi yang ada pada masa itu. Sekurang-kurangnya apabila ada di rumah sepenuh masa, ada peluang untuk memikir semula apakah manafaat dan mudaratnya bekerja. Masa yang ada itu hendaklah digunakan sepenuhnya untuk memberi layanan berkualiti kepada ahli keluarga. Sesungguhnya anak2 yang sudah besar dan matang sedikit sudah boleh merasai perbezaan antara ibu yang dulunya bekerja tetapi sekarang dah jadi suri rumah sepenuh masa.
2. Jika tiada cuti tahunan, mohonlah cuti tanpa gaji sementara waktu. Kelulusan seperti ini banyak bergantung kepada budi bicara majikan tapi yang kerja dengan kerajaan tu susah atau tidak boleh lah. Sekurang-kurangnya pekerjaan masih ada lagi dan apabila jika merasa ingin balik bertugas, boleh ler masuk kerja balik.
3. Jika sudah difikirkan dengan teliti dan juga keputusan berhenti kerja telah diputuskan maka hendaklah berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat itu. Dalam aspek ibu bekerja ni, perana suami sesungguhnya bertambah kerana tugas suami bukan saja mencari nafkah untuk keluarganya tetapi perlu juga menolong isteri dengan kerja-kerja dapur serta mendidik anak-anak di rumah.
4. Jika merasa tertekan dengan tanggungjawab tugas di pejabat, bincanglah dengan pegawai atau rakan-rakan bagi mendapat sokongan moral. Budaya kerja yang baik adalah bantu membantu antara satu sama lain.
5. Bacalah buku-buku pembangunan diri kerana ada pelbagai nasihat yang membina mengenai cara mengurus sesuatu cabaran dan dugaan. Buku-buku ini lazimnya memberi ulasan dan kupasan mengenai ciri-ciri perwatakan positif, menganalisa permasalahan, mencari jalan penyelesaian konflik melalui pendekatan perubahan sikap dan sebagainya. Contohnya buku-buku tulisan Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzilah Kamsah, Chef Li, Napoleon Hill, Brian Tracy, dan banyak lagi.
Jadi, perancangan jangka pendek perlu ada bersama rancangan jangka panjang. Walau apapun keputusan yang dibuat, buatlah dengan hati yang terbuka dan yang penting adalah keadaan rumahtangga tidak terjejas dan bijak mendidik anak-anak tersayang.
Masih ada banyak lagi yang boleh difikirkan bagi membantu ibu2 yang dalam dilema ini..jadi kongsikan disini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.

GAYA HIDUP SIHAT

GAYA HIDUP SIHAT

Sebaik-baik doktor adalah badan anda sendiri. Itulah sebenarnya pegangan yang saya cuba unjurkan di dalam satu cara hidup sihat yang sempurna. Jika kita menjaga baik akan badan kita, maka badan kita sendiri akan menjaga kesihatan kita. Mungkin kini, kita tidak lagi terbelenggu dengan sebab-sebab mortaliti zaman dahulu antaranya disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan penyakit berjangkit. Penyakit zaman sekarang lebih kepada masalah ketidakseimbangan nutrisi dan penyakit-penyakit moden seperti kanser, penyakit jantung, stroke, masalah pencernaan dll. Yang paling ketara juga ialah masalah kegemukkan yang mengundang segala jenis penyakit. Bayangkan buat masa ini statistik menunjukkan 24% daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Menyedari hakikat pertambahan peratusan penyakit-penyakit moden berlipat ganda di abad ini, ada baiknya kita memahami serba-sedikit antara punca-punca masalah kesihatan yang boleh timbul.

Secara ringkas, antara faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang termasuklah:

1. proses autointoksikasi oleh penyerapan semula bahan toksid dari usus yang sepatutnya dikeluarkan jika seseorang itu tidak menjaga kesihatan ususnya.
2. proses oksidasi dan kesan radikal bebas yang boleh mengakibatkan sel-sel badan rosak dan mengakibatkan gejala kanser, penyakit kardiovaskular dan proses penuaan pra matang.
3. tahap immum yang lemah yang mendedahkan badan kita terhadap pelbagai kuman yang mengakibatkan penyakit yang tidak sepatutnya.
4. ketidaklancaran pengaliran darah oleh kesan kolestrol, sumbatan salur darah dan proses arthorossclerosis yang menyebabkan sel-sel badan tidak mendapat nutriens dan oksigen yang secukupnya.
5. ketidakseimbangan nutriens disebabkan pemakanan moden yang dimakan sekarang ini terdiri dari bahan yang diproses dan mengandungi zat-zat yang berkurangan.
6. penurunan paksi hormone seperti HGH yang secara semulajadi berlaku apabila usia semakin meningkat.

Kita sebenarnya mampu mengatasi masalah di atas dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan, mengelakkan stress, berehat secukupnya dll tetapi peranan pengambilan makanan kesihatan juga tidak kurang pentingnya. Yang menentukan ialah setakat mana kita memahami konsep pencegahan adalah lebih baik dari rawatan.

Bayangkan kita baru membeli kereta mewah berharga RM 400,000.00. Sudah tentu kita merasakan kereta itu amat berharga. Dan sudah tentu kita akan menhargainya dengan menjaga dengan sebaik yang mungkin. Setiap 5,000KM kita tidak akan lupa untuk melakukan servis. Tujuannya tidak lain untuk mengelakkannya dari rosak dan memeliharanya supaya memberikan prestasi yang maksima. Bagaimana pula jika saya tanyakan pada anda harga atau nilai kesihatan anda sendiri? Tidak akan ada yang dapat meletakkan harga malah sebulat suara menyatakan bahawa kesihatan kita sebenarnya tidak ternilai dengan wang ringgit. Ianya terlalu berharga. Tetapi soalnya, apakah kita menghargai kesihatan kita yang tidak ternilai itu. Apakah langkah-langkah yang kita lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu memberi prestasi yang optima? Pernahkah kita menjalani pemeriksaan kesihatan berkala atau mengamalkan gaya hidup yang sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan sebagainya? Fikirkanlah. Kerana manusia sebenarnya tidak akan merasakan pentingnya kesihatan itu selagi mereka tidak sakit.

Bagaimana untuk melakukannya? Seperti yang saya katakana tadi faedah pemakanan kesihatan tidak boleh dianggap remeh di zaman moden ini kerana terlalu banyak pengaruh medonisasi yang menjejaskan tahap kesihatan kita. Di sini saya ingin mengesyorkan satu gaya hidup yang saya namakan GAYA HUDUP EMAS yang saya bahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

1. pembersihan (Detox) dan pencegahan
2. pemulihan dalaman
3. mengekalkan dan regenerasi
4. melengkap dan memangkin

CIRI2 PELAJAR CEMERLANG

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang – 1؉Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. ؉Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. ؉Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru. ؉Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. ؉Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). ؉Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi. ؉Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran. ؉Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu. ؉ Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu. ؉Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

Tuesday, February 17, 2009

PERTANYAAN KHABAR KEPADA SEMUA ORANG

Askum semua saya usyarif,masih ingat lagi x pada saya. Siapa yang ingat saya lagi moga-moga umur panjang..... Kamu semua apa khabar?????????