CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 23, 2009

KEPENTINGAN MENGURUS MASA

Masa ialah sesuatu yang amat berharga kepada mereka yang tahu menilainya dan tidak hairanlah jika pepatah ada menyebut bahawa masa itu emas dan sewajarnya masa itu dijaga dan dikendalikan dengan sempurna. Jika masa untuk hari ini berlalu, ia kan terus meninggalkan kita dan kita tidak akan mampu untuk mencarinya lagi, hanya kita berpeluang menggunakan masa untuk hari esok pula bagi melaksanakan sesuatu yang kita rancangkan dan impikan.
Masa juga boleh diibaratkan seperti sebatang anak sungai yang mengalir tanpa henti. Jika kita hendak membuat sesuatu, kita harus cepat menggunakan air itu dengan bijak dan jika tidak, nikmat diberikan kepada kita akan terlepas begitu saja.
Sebab itu lah kita selalu diingatkan bahawa kita harus menguruskan masa dengan bijak . Jika tidak sudah pasti setiap kegiatan yang kita uruskan tidak akan menjadi.
Dunia hari ini bukan lagi seperti sepuluh tahun yang lepas. Dunia globalisasi pada hari ini memerlukan kita supaya lebih peka dan lebih efisien dengan pengunaan masa. Persaingan kini menjadi lebih serius, masing-masing mengejar masa untuk membuat itu dan ini. Sampaikan kadangkala tu masa untuk kita duduk bersama berbincang dengan keluarga juga amat terhad.
Jika pun ada masa, ia mungkin dibuat secara tergesa-gesa. Justeru itu, kualiti interaksi tidak seberapa dan kemesraan diharapkan tidak terjalin sepenuhnya.
Arus globalisasi mengakibatkan gaya hidup, makan, pakaian, cara bertindak, cara berfikir dan banyak lagi turut berubah. Selain suami yang mencari nafkah, isteri juga turut sama memberi sumbangan dengan keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Dengan bertambahnya jumlah suami isteri bekerja menyebabkan masa berkualiti untuk anak-anak menjadi semakin kurang. Bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih mesra dan lebih selesa berinteraksi , jika ibubapa mereka dapat meluangkan lebih banyak masa dengan mereka. Dengan itu mereka dapat meluahkan hasrat dan perasaan dan ibu bapa juga berpeluang mendalami serta menghayati kehendak dan keperluan anak-anak mereka.
Segelintir ibubapa mengeluh bagaimana untuk memberikan masa berkualiti kepada anak-anak mereka sedangkan mereka sehari suntuk terpaksa keluar bekerja. Terkadangnya mereka jadi tension dan mendapat stress dengan timbunan tugas di pejabat dan juga kerenah anak-anak menambahkan lagi masalah yang dihadapi.
Kadangkala rasa tertekan dengan beban tugas di tempat kerja dan juga berasa bersalah kerana tidak dapat mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak bertali arus memenuhi ruang fikiran.
Disebabkan oleh keadaan yang demikian ada ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak demi keselesaan dan keselamatan anak mereka. Tetapi ada juga yang menyesal apabila telah berhenti kerja, pendapatan berkurangan dan tidak tahu apa nak buat dan membiarkan masa terbuang begitu sahaja.
Ok..Jom kita kongsikan sedikit tips yang boleh membantu ibu yang dalam dilema samada hendak berhenti kerja atau tidak.
1. Buat perancangan untuk bercuti dengan memohon cuti tahunan beberapa ketika bagi menyesuaikan diri dengan situasi yang ada pada masa itu. Sekurang-kurangnya apabila ada di rumah sepenuh masa, ada peluang untuk memikir semula apakah manafaat dan mudaratnya bekerja. Masa yang ada itu hendaklah digunakan sepenuhnya untuk memberi layanan berkualiti kepada ahli keluarga. Sesungguhnya anak2 yang sudah besar dan matang sedikit sudah boleh merasai perbezaan antara ibu yang dulunya bekerja tetapi sekarang dah jadi suri rumah sepenuh masa.
2. Jika tiada cuti tahunan, mohonlah cuti tanpa gaji sementara waktu. Kelulusan seperti ini banyak bergantung kepada budi bicara majikan tapi yang kerja dengan kerajaan tu susah atau tidak boleh lah. Sekurang-kurangnya pekerjaan masih ada lagi dan apabila jika merasa ingin balik bertugas, boleh ler masuk kerja balik.
3. Jika sudah difikirkan dengan teliti dan juga keputusan berhenti kerja telah diputuskan maka hendaklah berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat itu. Dalam aspek ibu bekerja ni, perana suami sesungguhnya bertambah kerana tugas suami bukan saja mencari nafkah untuk keluarganya tetapi perlu juga menolong isteri dengan kerja-kerja dapur serta mendidik anak-anak di rumah.
4. Jika merasa tertekan dengan tanggungjawab tugas di pejabat, bincanglah dengan pegawai atau rakan-rakan bagi mendapat sokongan moral. Budaya kerja yang baik adalah bantu membantu antara satu sama lain.
5. Bacalah buku-buku pembangunan diri kerana ada pelbagai nasihat yang membina mengenai cara mengurus sesuatu cabaran dan dugaan. Buku-buku ini lazimnya memberi ulasan dan kupasan mengenai ciri-ciri perwatakan positif, menganalisa permasalahan, mencari jalan penyelesaian konflik melalui pendekatan perubahan sikap dan sebagainya. Contohnya buku-buku tulisan Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzilah Kamsah, Chef Li, Napoleon Hill, Brian Tracy, dan banyak lagi.
Jadi, perancangan jangka pendek perlu ada bersama rancangan jangka panjang. Walau apapun keputusan yang dibuat, buatlah dengan hati yang terbuka dan yang penting adalah keadaan rumahtangga tidak terjejas dan bijak mendidik anak-anak tersayang.
Masih ada banyak lagi yang boleh difikirkan bagi membantu ibu2 yang dalam dilema ini..jadi kongsikan disini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.

0 comments: