CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, November 15, 2010

Wajah Suci .....

Wajah suci itu tidak berdosa
mengapa dia dibiar beitu sahaja
sedih pilu menatap rupanya
kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
belum sempat dia memanggil ibu
sampai hati engkau dizalimi
oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu
dihargai dihormati
dimakamkan dia bukan
dibuang sesuka hati

Dimanakah nilai ehsan insani
apa dosanya si kecil itu
kerana kasih tersasar tujuan hidup
hingga lahir zuriat
yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian
lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
bagai tiada nilainya di sisi
wajah sucimu telah dinodai
namun lahirnya ada nilainya

Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
bertaubatlah mereka yang hina.....

Kerana Cinta !!!

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula....

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia bairpun sengsara
berkorban segala-gala....

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa....

terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang
mencemarkan....

dan jangaan jangan kita pula
kerana bercinta
kita pun leka entah
kemana dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama....

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara....

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.....

Friday, November 5, 2010

Keputusan UPSR 2010 Pada 11 November

PUTRAJAYA 4 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan.
"Satu majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2010 akan diadakan pada hari Khamis berkenaan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya," kata kenyataan itu di sini.
Pada tahun ini, 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 486,321 orang atau 98.3 peratus manakala baki 8,172 (1.7 peratus) adalah calon sekolah swasta.

Utusan Malaysia Online - Sukan

Utusan Malaysia Online - Sukan

Utusan Malaysia Online - Sukan Luar Negara

Utusan Malaysia Online - Sukan Luar Negara

Ada Gaya!!!


Jersi terbaru bola sepak kebangsaan yang masih mengekalkan belang keramat kuning hitam bakal menyuntik semangat skuad negara apabila beraksi pada Sukan Asia di Guangzhou, minggu depan.
Menurut Pengarah Pemasaran Nike Malaysia, Menaha Nadaraja, pelancaran jersi itu membuktikan komitmen Nike terhadap bola sepak Malaysia.
Malahan, jersi itu melambangkan keunikan budaya dan sejarah bola sepak kepada skuad kebangsaan Malaysia.
Jersi belang kuning hitam dan jersi kedua yang mengekalkan warna biru dan merah diselangi warna putih mula dijual di semua kedai Nike dan Al-Ikhsan, 8 November ini dengan harga RM199.

Thursday, November 4, 2010

Info Waktu Solat...

http://www.e-solat.gov.my/

Sejarah Subjek Lulus SPM 2013

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
‘‘Selaras dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus.
‘‘Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, ia adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar tetapi tidak wajib lulus,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menurut Muhyiddin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), maka mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014.
‘‘Seperti yang telah dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah pada masa ini elemen sejarah hanya diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan,’’ katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan langkah menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah akan dimulakan pada 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada tarikh asal ditetapkan.
‘‘Kita akan mulakan lebih awal kerana ada tuntutan daripada perwakilan UMNO supaya ia disegerakan tetapi kita perlu ada tempoh masa untuk menyiapkan usaha bagi melatih semula guru dan sebagainya,” katanya.
Mengenai langkah meningkatkan jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional, beliau berkata, peruntukan pembangunan sebanyak RM340 juta untuk tujuan itu di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) adalah tidak mencukupi dan akan ditambah pada masa depan.
Selain itu juga, katanya, kerajaan akan menambah dua sekolah menengah pendidikan vokasional khusus untuk pelajar kurang upaya pendengaran, penglihatan dan yang menghadapi masalah pembelajaran.
Tambah beliau, kerajaan juga akan meneliti saranan Pergerakan Wanita UMNO ketika perhimpunan itu supaya kerajaan mengkaji semula keseluruhan sistem pendidikan negara.
‘‘Saya bersetuju bahawa sudah sampai masanya satu laporan baru dikeluarkan tentang cara kita menambah baik sistem pendidikan negara pada masa akan datang,’’ katanya.

KRK




Lembaga Pengawas SMKSKP2 2010


Pendekar Bujang Lapuk (Silat Brawl at the Jetty)

bujang lapok

Bujang Lapok - Kubur

pekak

Pak mat tempe - Lawak giler..

Pendekar bujang lapok - Ajis baca surat