Wajah suci itu tidak berdosa
mengapa dia dibiar beitu sahaja
sedih pilu menatap rupanya
kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
belum sempat dia memanggil ibu
sampai hati engkau dizalimi
oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu
dihargai dihormati
dimakamkan dia bukan
dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
apa dosanya si kecil itu
kerana kasih tersasar tujuan hidup
hingga lahir zuriat
yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
bagai tiada nilainya di sisi
wajah sucimu telah dinodai
namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
bertaubatlah mereka yang hina.....
Monday, November 15, 2010
Wajah Suci .....
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








4 comments:
emm .dunia akhir zaman ..
erm..camnilah tingkah laku diorang yg x berkeperikemanusiaan tu...
usya, aq bwu je lpas interview pengawas..hancor! aq jwb merapu sume..haha..camne skola, ok? aq ad membe at sne, nme dier wany. knal2 la. dier baek tp kdang2 lebey sket..haha..follow blog aq k?
hahahaha...so cmne dpt x ???aq skola ok je....kwn ko klas ape???aq dh follow dh ...
Post a Comment