Saturday, June 28, 2008
Hisham kata Mahathir tak bertanggungjawab
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:50 PM 0 comments
Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama Terbiar dan Kotor
Tanah perkuburan Islam di Kebun Lama, Langkawi Road, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang kini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Tanah perkuburan yang diwujudkan semasa zaman pemerintahan Francis Light itu kini dalam keadaan terbiar, kotor dan dijadikan tempat membuang sampah.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pentadbir tanah wakaf nampaknya telah mengabaikan amanah tersebut sama sekali. Tanah perkuburan Kebun Lama diwakafkan oleh Tengku Shariff Syed Hussain bin Abdul Rahman Idid, yang juga pengasas Masjid Melayu, Lebuh Aceh.
Antara pusara yang terdapat di tanah perkuburan Kebun Lama adalah makam seorang Sultan Aceh dan keluarga Almarhum, makam beberapa orang kadhi dan ulama silam.
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:46 PM 0 comments
Tengku Razaleigh ke Pulau Pinang
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:42 PM 0 comments
Sogokan atau habuan politik,sama sahaja
Sebenarnya, isu hilang kepercayaan SAPP terhadap Pak Lah yang mendapat liputan meluas media tidak menjadi minat saya untuk mengulas. Saya lebih tertarik untuk memperkatakan tentang apa yang dibangkitkan selepas isu itu timbul.Teck Lee telah menuduh Pak Lah mengamalkan "sogokan politik" atau "political bribery" apabila dia ditawarkan kerusi Dewan Negara dan jawatan selaku duta istimewa Kerajaan Malaysia ke BIMP-EAGA atau Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina.Pak Lah pula menuduh Teck Lee sebagai seorang yang "tamak" yang tidak puas hati kerana apa yang dimintanya tidak dipenuhi. Ketua Menteri Sabah Musa Aman, seperti yang dijangkakan, dengan cepat memihak kepada Pak Lah.Berbekalkan sedikit pengalaman dalam dunia kewartawanan dan kemudian selaku pegawai menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya berani menyatakan bahawa amalan "sogokan politik" dan juga "habuan politik" sememangnya berlaku di negara ini sama seperti yang diamalkan dihampir semua negara di dunia ini. Berbohonglah saya jika saya katakan ianya tidak berlaku walaupun orang politik akan menafikannya sama seperti mereka menafikan pembabitan dalam "politik wang" atau "rasuah politik".Sejak zaman awal kemerdekaan negara amalan seperti ini berlaku dimana seseorang pemimpin yang "bermasalah" akan dihantar ke luar negeri sebagai duta atau diberi sesuatu jawatan yang kurang penting. Tindakan itu mungkin tidak dilihat sebagai satu "sogokan" atau "habuan" tetapi ia lebih merupakan satu tindakan untuk "menyelamatkan" orang berkenaan daripada diambil tindakan undang-undang.Semasa pemerintahan Almarhum Tun Hussein Onn, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang menghadapi "tuduhan salah guna kuasa dan rasuah" telah ditawarkan satu jawatan di luar negara untuk mengelak daripada diambil tindakan. Datuk Harun, yang banyak berjasa kepada orang Melayu di Lembah Klang dan seorang yang tegas dan berani, menolak tawaran itu dan apa yang berlaku ke atasnya selepas itu menjadi sejarah hitam dalam politik UMNO dan negara. Sehingga hari ini saya masih percaya yang Datuk Harun menjadi mangsa "perbalahan politik".Sogokan politik memang berlaku apabila UMNO menghadapi musim pemilihan parti. Saya pernah melaluinya apabila menjadi wakil calon salah seorang yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi. Jika ditinjau pendapat mereka yang berkenaan, tidak ada seorangpun yang akan mengaku yang dia "memberi" atau "menerima" sogokan untuk mengundi tokoh tertentu. Ramai yang tidak sedar bahawa "sogokan" sedemikian boleh dikatakan tidak berlaku semasa UMNO asal berkuasa tetapi telah menjadi "pekong" apabila parti itu diharamkan dan diganti dengan UMNO "Baru".Boleh dikatakan hampir semua calon yang bertanding jawatan tinggi mengeluarkan "wang" bukan sahaja untuk menampung perbelanjaan "petugas yang melobi undi" tetapi untuk dijadikan "habuan" atau "duit belanja" perwakilan yang kononnya akan menyokong mereka. Inilah kenyataan yang sering dinafikan oleh semua calon yang bertanding.Nampaknya, dalam UMNO hanya Tan Sri Isa Samad yang melakukan rasuah politik atau "politik wang" di kalangan mereka yang bertanding jawatan naib presiden UMNO, setakat ini. Inilah gambaran yang diberikan kepada umum.Amalan memberi "habuan politik" dilakukan dalam beberapa cara termasuk jawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, dalam badan-badan berkanun dan dalam syarikat-syarikat awam yang ada kaitan dengan agensi kerajaan.Orang yang "berjasa" atau "penyokong kuat" pemimpin tertinggi akan dilantik menjadi pengerusi atau menduduki lembaga pengarah agensi-agensi seperti RISDA, FELDA, MARA, Amanah Raya, KADA, MADA, PERDA dan agensi-agensi berkaitan kerajaan yang lain walaupun orang yang dilantik itu tidak memiliki kepakaran mahupun kelulusan yang diperlukan. Bukankah ini "habuan politik" namanya.Jika ditinjau beberapa lembaga pelabuhan di negara ini kita akan dapati pengerusinya adalah orang politik termasuk mantan menteri dan mantan wakil rakyat atau ketua bahagian sesebuah parti komponen BN. Perlantikan mereka juga ada kaitannya dengan amalan "habuan" atau "penghargaan" politik.Selain daripada dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah, satu lagi kaedah "membalas budi atau membalas sokongan" di kalangan orang politik ialah penganugerahan gelaran "datuk".Seorang pemimpin sebuah parti politik di Kuala Lumpur yang berasal dari Terengganu, umpamanya, diberi bintang kebesaran yang membawa gelaran "datuk" oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sedangkan orang berkenaan tidak pernah berkhidmat atau menabur jasa di Pulau Pinang. Begitu juga dengan gelaran yang sama yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri lain seperti Melaka dan Sabah kepada pemimpin politik yang bukan berasal dari negeri berkenaan semata-mata kerana "jasa dan sokongan politik" kepada ketua kerajaan negeri yang memberi anugerah itu.Sogokan dalam bentuk pemberian kontrak atau permit tertentu juga dilakukan semata-mata atas pertimbangan politik.Apa yang didedahkan oleh Yong Teck Lee bukanlah sesuatu yang baru dan tidak pernah berlaku tetapi ia adalah sebahagian daripada amalan politik "naungan" yang telah sebati dalam sepak terajang gelanggang politik.
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:38 PM 0 comments
Najib Lawan Pak Lah Disember Ini?
Timbalan presiden UMNO merangkap timbalan perdana menteri Najib Tun Razak dikutip oleh Bernama sebagai berkata beliau belum memutuskan sama ada untuk bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember depan.
Najib juga berkata belum tiba masanya untuk beliau membuat keputusan sama ada akan mencabar Pak Lah atau tidak untuk jawatan itu yang sekali gus menjaminkan jawatan perdana menteri kepada penyandang.
Dalam erti kata lain yang mudah difahami, Najib sememangnya menaruh harapan untuk mencabar Pak Lah dan mengambil alih jawatan perdana menteri.
Siapa pula calon gandingan Najib untuk jawatan timbalan presiden UMNO dan jawatan timbalan perdana menteri?
Pertandingan akan menjadi bertambah hebat sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan yang sama dan bertambah rancak lagi sekiranya calon yang dipilih untuk berganding bahu dengan putera Kelantan ini ialah Muhyiddin Yassin.
Bagaimana pula dengan calon dari Sabah yang kini nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan pemimpin pusat? Sabah akan menghantar perwakilan yang boleh menentukan kecondongan sesuatu pemilihan itu, sama ada ke kiri atau ke kanan. Pendek kata, undi perwakilan Sabah tidak boleh diketepikan dan amat diperlukan oleh mana-mana calon yang ingin memimpin UMNO.Askar-askar upahan atau gurkha dah mula berkempen dan bersedia untuk berperang Disember ini.
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:32 PM 0 comments
Sunday, June 15, 2008
Gambar jin Gua Hira
Posted by usyarif_hardyboyz at 12:07 AM 0 comments
Kucing mata satu
Posted by usyarif_hardyboyz at 12:00 AM 0 comments
Saturday, June 14, 2008
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:53 PM 0 comments

Posted by usyarif_hardyboyz at 11:48 PM 0 comments
Hantu tanpa muka
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:42 PM 0 comments
14 hari mencari hantu
Bab 1
"Mana ada hantu kat sini?!"
Aku duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej. Jimat sikit.
Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el bebudak yang kita boleh nengok.
Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.
Macam biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar cerita hantu dari senior serumah.
Namun ketika itu aku haram tak percaya ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku buat tak pot je.
Bab 2
Krew Baru
Dalam umah aku tu, aku sorang je yang ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamcing giler. Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni)
Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.
Kitaorang start jamming. Bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment ni. Bila malam kitaorang pekena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari aku balik lewat.
Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.
Bab 3
Budak Yang Berperangai Aneh
Kat umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya. Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah beso panjang. Aku ni bebudak lagi.
Dalam umah aku banyak meluangkan masa dengar discman aku kat atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan bebudak umah tak ngam langsung.
Yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim. Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau nama.
Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas, time buat besday party, aku ada la menyempe sebab ada makan-makan. Pastu meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.
Ada jugak la 2-3 orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong, tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...
Bab 4
Rutin Harian Saya
Pepagi aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar sampai malam. Bila malam kitaoramng kuar jamming. Pastu baru la makan malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah.
Sebab tu lakadang-kadang bila aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel. Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.
Ada jugak satu peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam housemate aku dah. Macam orang lain.
(mungkin sebab ni dompet aku kena rompak. Rujuk Bidadari Bab 15- Kebab oh Kebab)
Bab 5
Wan Aww
Satu hari tu aku sembang ngan Wan Aww ni. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia tengah lepak depan pintu umah. Memula aku kuar sebab nak tipon. Tipon awam swasta tu depan pintu umah aku ni je. Tipon tu paling senang nak curi line. Lepas dail, korang masuk je duit syiling 5sen. Terus timer dia hang. Akupun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh. Jadi aku memang sayang kat tipon awam ni. Memandangkan aku ni nak cerita pasal hantu bukan pasal tipon awam ni, jadi aku rasa molek aku teruskan cerita aku ni.
Wan Aww cerita. Time tu dia tengah kusut sebab adik dia baru lepas meninggal. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus story pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi. Sakit yang misterius. Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pegi hospital, hospital cakap takde apa-apa. Pastu famili dia try berubat cara tradisional. Dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin yang dia jumpa tapi tak baik-baik jugak.
Bila dia jumpa bomoh, bomoh tu akan suh balik umah. Pastu malam tu kalau ada dengar apa-apa, jangan tegur. Sebab bomoh tu punya assistant akan buat kerja. Banyak la jugak bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cite bila malam-malam, dia dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia.
Namun adik dia tak baik-baik jugak. Last-last adik dia meninggal. Tu yang dia sedih sangat tu. Lagi power, walaupun adik dia dah takde, tapi bunyi-bunyi pelik kat umah dia time malam-malam tetap ada.
Aku akui bahawa aku memang seram gile masa Wan Aww ni cerita. Naik meremang roma aku. Tapi aku paling seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh diaorang jumpa, maka banyak gile hantu aneka jenis yang still melepak kat umah dia. Dan ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia. Termasuk Wan Aww ni.
Bab 6
Oblivious
Sekali geng kumpulan gitar rancak aku ni plan nak masuk satu pertandingan kugiran. Maka makin intense la sessi latihan kitaorang hari-hari. Kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan semester tu aku takde kelas pagi. Boleh la aku bangun lewat hari-hari.
Time ni bila aku balik je umah dah sunyi. Dah gelap. Semua orang dah tido. Bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas. Hari-hari macam tu. Sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak umah aku ni. Selalu nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku. Ini takde langsung.
Satu malam tu tu macam biasa aku balik semua orang dah tido. Jam pun dah pukul 3am. Bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur. Macam ada orang memasak. Periuk belanga berlaga. "Ni mesti Norman Hakim masak megi ni." bisik hati kecil aku ni. Pastu aku ingat nak menyendeng-nyendeng kat Norman Hakim ni ejas-ejas megi sikit, sebab perut aku pun agak lapar jugak ni. Aku pun bangkit dan terus menuju ke dapur. Aku nengok dapur gelap semacam je. Takde pun kelibat Norman Hakim ni. Pastu pintu bilik dia tutup. Hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku nak ejas megi dia. Sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik.
Sejak hari tu tiap-tiap malam aku dengar Norman Hakim masak megi kat dapur. Aku ingat, kalau aku apply pun mesti tak dapat punya, jadi aku biar je. Lagipun aku ni memang maleh nak bangkit bila dah landing.
Kadang-kadang tu dengar bebudak ni sembang kat ruang tamu. Tapi aku haram tak paham butir percakapannya. Walaupun aku dah pasang telinga dan dengar betul-betul, tapi tak dapat tangkap jugak. Mungkin diaorang mengumpat aku dalam bahasa rahsia. Ataupun mungkin jugak Sheikh sembang ngan member dia dalam bahasa arab ke, bahasa Tehran ke, bahasa sanskrit ke.
Sebab Sheikh ni memang alim orangnya. Lagipun dia berasal daripada Sarawak. Dan paling power, dia sebenarnya sekampung ngan Bidadari. Masa raya tahun 2001 aku ada jugak bertandang ke umah dia kat Sarawak nun. Aku memang tak boleh nak elak daripada lari tajuk cerita ni. Aku ni nak cerita pasal hantu, bukan pasal Sheikh ni. Baik aku teruskan cerita aku ni. Pepehal, pasal status Sheikh ni yang sekampung ngan Bidadari akan aku ceritakan kat 'Bidadari Rewritten'.
Yang aku herannya, masa aku balik, semua dah tido. Bila aku dah landing nak tido, barulah diaorang kuar bersembang. Mungkin diaorang memula nak tido, pastu tak dapat lelep, pastu ajak member kuar sembang.
Bab 7
Horrific Truth
Ada la dalam seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu. Maklumlah, aku dah la balik lewat, bangunpun lewat jugak. Mananya nak jumpa. Bila diaorang bangkit memalam nak masak megi ataupun sembang (dalam bahasa Tehran) aku dah ngantuk sangat.
Time tu ada sesuatu yang meng-heran-kan aku bila aku jumpa bebudak umah aku kat kolej. Diaorang semua sibuk ngan hal masing-masing. Sebab dah hujung semester. Jadi sekejap je aku dapat bercakap ngan diaorang.
Bila aku jumpa Norman Hakim dia tanya,
"Ko duduk lagi umah tu Amin?"
"Ha'ah"
"Waa.. ko memang power"
"Ngape pulak?"
Pastu dia blah. Tak sempat aku nak tanya.
Bila aku jumpa Sheikh dia cakap,
"Sapa lagi duduk ngan ko skang ni?"
"Haa??"
Sebab aku tak paham butir percakapan dia tu, aku terpana. Pastu dia blah.
Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa Wan Aww.. (kat kolej)
"Wan, lama tak nampak ko skang ni?"
"Aku dah pindah kuar. Aku duduk ngan bebudak DSK (Diploma Sains Kompiter) skang ni"
"Ooo.. patut la lama tak jumpa"
"Ko duduk umah Man kan skang ni?"
"Eh tak ah.. aku duduk umah kita tu la..."
"Umah kita tu?"
"Ha'ah pesal?"
Time ti muka Wan Aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu. Tangan dia pun ketar-ketar hisap rokok.
"Ko tak tau ke?"
"Tau apa!"
"Bebudak semua dah pindah keluar. Wan ingat ko pun dah pindah jugak."
"Semua orang? Semua sekali? Abih tu sapa je yang tinggal?"
"Tu la pasal Wan ingat ko pun dah pindah. Jadi umah tu kosong la skang ni. Tak tau pulak ko masih duduk kat situ"
Di pendekkan cerita, Wan Aww ni story kat aku.
Dua minggu lepas, pukul 2 pagi Wan Aww ni dengar bunyi kat dapur. Dia pun pegi la usyar. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas. Bila dia nengok betul-betul, rupanya sorang pompuan. Rambut teknik rebonding sampai dada. Pakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Wan Aww ni pandang muka dia, dia terus menyeringai. Wan Aww ni apa lagi, menjerit la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang dah tido semua terjaga. Time ni semua bebudak umah aku tu nampak lembaga ni. Dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia meresap je keluar.
Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke mamat Nsync ni, sampai la ke Sheikh yang alim tu, semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari umah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tido umah member masing-masing.
Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar, sekonyong-konyong akupun balik umah. Terus tido. Macam takde apa-apa berlaku.
Punyalah terkejutnya diaorang ni nampak lembaga tu, mamat Nsync ni terus jadi macam sawan malam tu. Pastu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat kat seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh tu cakap, makhluk ni datang dari jauh. Tapi dia tetiba attached ngan umah tu, sebab umah ni pernah berdarah. Maksudnya pernah ada orang mati kat dalam umah ni. Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si Wan Aww ni. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia. Iaitu salah satu daripada bomoh yang family Wan Aww ni pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia dulu. Jadi bomoh ni pun tak boleh buat apa-apa la.
Pagi besoknya, sebelum aku bangun dari tido, diaorang ni semua datang balik umah tu, packing barang, dan terus pindah keluar hari tu jugak. Aku yang tak tau apa-apa ni, masih duduk kat umah tu. Buat macam biasa.
Bab 8
Now I Know
Migrasi beramai-ramai penduduk umah aku tu tak dapat aku kesan sebab takde apa perubahan berlaku. Sebab bila hari siang aku takde kat umah tu. Bila nak tido je aku balik. Selama ni aku saspek diaorang semua dah tido, rupanya sekor haram pun takde. Semua dah pindah keluar. Pasal barang-barang diaorang yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup. Umah ni gelap gelita.
Paling horror:
Yang aku saspek Norman Hakim masak megi tengah-tengah malam, bukanlah Norman Hakim, tapi mende lain.
Yang aku saspek Sheikh bersembang tengah-tengah malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah Sheikh, tapi mende lain.
Jadi secara kasarnya, selama 14 hari, yakni 2 minggu aku sebenarnya duduk sorang-sorang je kat umah ni. Orang lain semua dah pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam umah ni. Bunyi-bunyi yang aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dahpun jadikan tempat tu port lepak diaorang. Bebudak nak lalu kat koridor depan umah siang-siang hari pun tak sanggup, inikan pulak malam-malam buta.
Bila aku dapat tau perkara ni aku jadi pucat. Kaget dan terkasima. Aku jadi rasa macam nak demam. Gilebabi ko, dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab jumpa hantu, aku pulak boleh tinggal kat situ sorang-sorang.
Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah kuar jugak. Tapi takde sorang pun yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak. Itupun bertolak-tolak.
Epilog
14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik pot pasal persekitaran kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.
Tapi yang penting, kita tak sepatutnya takut kepada hantu ni. Aku tak pernah lagi dengar cerita pasal orang berdarah lengan kena gigit ngan hantu. Mempercayai hantu juga boleh menyebabkan syirik.
Jadi pesanan aku adalah,
Jangan biarkan hidup anda diselubungi..
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:13 PM 0 comments
Tuesday, June 10, 2008
Liat Kuntilanak
Pengalaman yang akan diceritakan pertama ini adalah pengalaman dari Tonye yang tinggal di bintaro sector 4, Jakarta.
Pada suatu hari Tonye dan temannya sedang berjalan-jalan ke parkit sampe jam 1 malam. Setelah setengah perjalanan perasaan mereka tidak enak tapi mereka berpikir itu mungkin karena pengaruh karena minuman saja.
Setelah itu Anto mengendarai motornya kencang, lalu Tonye menyuruh anto memelankan motornya karena di sini banyak yang tewas kecelakaan, tidak lama kemudian tonye dan Anto sudah memasuki daerah Tanah Kusir, lalu anto mengendarai motornya pelan2 dan setelah di jembatan Tanah Kusir tonye dan Anto melihat kuntilanak yang sedang duduk, mereka hanya diam.
Sosok kuntilanak itu sangat menyeramkan, setelah Anto melihat sosok kuntilanak itu Anto sudah 4 hari tidak keluar rumah sama sekali, kata ibunya Anto sakit. Setelah Anto sembuh, Anto bercerita bahwa dia didatangi kuntilanak, sehingga sampai sekarang dia menjadi takut dengan hal-hal yang berhubungan dengan hantu..
Posted by usyarif_hardyboyz at 2:41 AM 0 comments
Sundel Bolong dan Pocong
Pada waktu omnya melewati jalan seperti jalanan di hutan mereka berdua melihat seperti tiang yang menjulang tinggi keatas. Setelah lumayan jauh dan mereka lihat lebih jelas, tiang itu seperti dua kaki yang tinggi setelah mereka jalan sekitar 1/2 km dari kaki itu, mereka mendengar suara wanita tertawa, om yang sedang menyetir menambah kecepatannya.
Bapak mereka sudah lama tiada dan sang ibu tinggal bersama kedua putri dan seorang tukang kebun, keluarga ini memang kaya dan rumah yang mereka tempati sekarang sangat luas dan megah, lalu om yang tidak menyetir tadi berpamitan sebentar untuk membeli rokok, sedangkan om yang tadi menyetir sedang asyik menonton tv didekat pintu ke arah halaman belakang rumah.
Tak lama ada yang melempar satu gumpalan kapas yang bulat, ia kira hanya kapas yang jatuh dari atap, saat itu ia sedang asyiknya menonton film aksi, dua kali ia dilempari kapas itu, ia kira adiknya yang tadi izin membeli rokok sedang jahil menjahilinya… dan yang ketiga, ia nengok ke belakang dan… ternyata ada sesosok mahluk yang dibungkus dengan kafan yang sudah robek2 dan compang-camping (kalau dilihat seperti pocong yang habis terkoyak gigitan harimau).
Dan ternyata ketika ia menengok ia melihat mahluk itu sedang mencopot kapas yang mengganjal di kuping kirinya, kemungkinan 3 kapas sebelumnya dari kuping kanannya dan dari ke dua lubang hidungnya. Setelah itu ia langsung tak sadarkan diri.
Posted by usyarif_hardyboyz at 2:35 AM 0 comments
Wewe Gombel dan Tuyul
Pengalaman ini dialami Shanty. Dia mengalami sendiri waktu di daerah Jawa Tengah. Shanty dan adiknya Mitha di suruh melayat kerumah ibunya di jawa tengah.Di tengah perjalanan Shanty dan adiknya bergantian menyupir.Kira2 waktu itu pukul 3 pagi dini hari, mereka tiba2 tersesat dan nyasar, shanty berjalan sangat lambat sekali karena tidak ada penerangan sama sekali di jalan.
Lalu dari kaca spion shanty melihat nenek yang berjalan membelakangi dengan rambut yang terurai panjang sampai ke pantat dan gimbal nenek itu juga memakai sarung batik Tapi yang membuat shanty heran adalah tangannya dia berjalan dengan jari2 terbuka dan tidak bergoyang seperti biasanya orang berjalan lengannya kaku sama sekali.
Tapi shanty tidak terlalu menghiraukannya shanty terus berjalan sampai aku menemukan tembok yang tinggi sekali dan ternyata itu jalan buntu dan disekitar situ tidak ada rumah sama sekali. Shanty sangat takut dan dengan cepat shanty ngatrek dan berputar arah dan di jalan aku kembali melihat nenek yang tadi. Shanty kaget! seharusnya kan dia jalan mengadap ke mobil karena shanty berbalik arah tapi dia tetap membelakangiku berjalan ke arah tembok tinggi tadi. Shanty menjadi penasaran sehingga berjalan kurang dari 20 km/jam dan memperhatikannya dengan seksama, dan ternyata kukunya panjang2 dan berwarna hitam dan yang lebih membuatku shock lagi dia tidak menginjak tanah!!!
Shanty pun menoleh kebelakang secara reflek untuk melihatnya dan tidak bisa melihatnya, tapi setelah lihat kembali kesepion dia ada!!! dia hanya terlihat disepion tapi tidak bisa terlihat dengan mata telanjang!!! Shanty lalu langsung tancap gas secepat2nya. Dan saat tiba di jalan besar aku sudah mulai lega dan ada petunjuk jalan sehingga aku tidak mungkin tersesat lagi adikknya yang duduk di sebelah bangku kemudi sudah bangun karena shanty menyetir terlalu kencang sehingga membangunkannya, saat shanty sedang tenang nyupir tiba2 saja didepan ada anak kecil yang hanya memakai celana dalam!!!
Shanty tidak sempat mengerem dan sepertinya menabrak anak itu!!!! tapi shanty tidak merasakan menabrak sesuatu hanya angin yang kurasakan!!!! Adikknya langsung melihat kebelakang dan berkata sosok anak itu masih ada berdiri tegak membelakangi kita!!!!! Shanty dan adiknya langsung ngebut tancap gas dan lari sekitar 100 km/jam!!!
Posted by usyarif_hardyboyz at 2:33 AM 0 comments
Tuesday, June 3, 2008
Kisah Seram
1. 13 Tangga Syaitan : Seorang pelajar sedang mencari rakannya di bangunan usang sekolah tersebut. Sedang dia menuruni tangga, anak tangga yang mempunyai 12 telah dikira menjadi 13. Disebabkan pelik, dia melihat ke bawah dan mendapati rakannya terbaring dan telah mati.
2. Makmal Biologi yang Tak Dapat Dibuka : Pada suatu senja, semasa sekolah itu baru ditubuhkan, lampu di makmal biologi telah rosak. Seorang guru telah meminta seorang pelajar wanita untuk menukar lampu tersebut dengan diterangi nyalaan lilin. Ketika membuka keluar mentol, meja yang dinaiki telah hilang keseimbangan lalu terjatuh dan skaf pelajar tersebut tersangkut pada pemegang lampu. Pelajar tersebut ditemui mati tergantung dengan diterangi nyalaan lilin. Peristiwa aneh berlaku beberapa lama kemudian apabia Makmal Biologi tersebut terputus bekalan elektrik, guru yang bertugas di bilik itu telah menyalakan lilin dan ternampak bayangan pelajar perempuan tersebut terawang-awang seperti keadaan ketika dia mati. Apabila bekalan elektrik kembali pulih, bayangan tersebut terus lenyap.
3. Bilik yang mempunyai Tangan Berterbangan : Di bilik percetakan yang lama, seorang pelajar lelaki telah terpotong tangannya secara tidak sengaja dengan mesin pemotong kertas. Dia telah dikejarkan ke hospital tetapi mati ketika dalam perjalanan. Pihak seklah dan polis telah mencari sisa tangan yang terpotong itu tetapi tidak ditemui. Sejak itu, orang boleh mendengar suara seorang budak menangis kesakitan dan melihat tangan yang berterbangan.
4. Pokok Ginkgo : Terdapat seorang pelajar yang sering dibuli dan akhirnya tergantung pada pokok Ginkgo dengan tanda manji yang terukur pada batangnya. Dikatakan sejak itu, badan yang tergantung sering kelihatan di waktu malam.
5. Dewi Bijaksana : Seorang pelajar lelaki telah dihempap oleh patung dewi di penjuru kawasan sekolah dan sejak itu, badan yang hancur itu dikatakan kelihatan berlumuran darah pada waktu malam.
6. Perigi Berdarah : Seorang pelajar perempuan telah terjatuh ke dalam perigi dan perigi itu kemudiannya dipenuhi darah.
7. Pantulan Berdarah : Dahulu ada pelajar muzik yang telah terlanggar tingkap kaca di Bilik Alatan Muzik dan mati serta-merta. Selepas itu, dikatakan terdapat bayangan tubuh yang berdara yang dipantulkan pada kaca tingkap.
[sunting] Kebenaran di sebalik Tujuh Keajaiban
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Sebenarnya, semua ini rekaan seorang guru seklah tersebut yang dahulu pernah menjadi saintis bagi syarikat dadah. Dahulu, pihak syarikat tersbeut telah menggunakan enam oang sukarelawan sebagai subjek eksperimen tetapi eksperimen mereka gagal dan mengundang maut. Disebabkan panik, para penyelidik telah membuat keputusan untuk menyembunyikan mayat tersebut, tetapi bangunan penyelidikan itu kemudiannya ditukarkan menjadi tapak Sekolah Menengah Fudo. Maka, mereka meletakkan mayat itu di beberapa tempat di dalam bangunan sekolah dan menyebarkan kisah seram agar guru dan pelajar menjauhi kawasan berkenaan. Seorang ahli telah dihantar ke sekolah tersebut untuk memastikan mayat-mayat itu tidak dijumpai.
Keajaiaban yang terakhir iaitu keajaiaban ketujuh direka sepuluh tahun sebelum satu siri kes pembunuhan berlaku dalam cerita ini iaitu seorang pelajar perempuan yang telah mengetahui terlalu banyak maklumat mengenai hal ini telah dibunuh oleh guru tersebut. Seperti sebelumnya, mayatnya ditanam di dalam dinding sekolah dan satu cerita seram diwujudkan.
Tujub keajaiban kemudiannya bangkit semula apabila bangunan lama hendak dirobohkan. Akibat takut yang mayat-mayat tersebut ditemui, guru tersebut menghantar surat ugutan kepada pengetuadengan nama "Ahli Sihir Selepas seklah". Malangnya, Persatuan Pengajian Misteri yang diketuai oleh Ruiko Sakuragi, memutuskan untuk menyiasat tujuh keajaiban tersebut. Pada satu malam, Ruiko telah tinggal di sekolah semalaman untuk mencari lebih maklumat tentang tujuh misteri tersebut. Walau bagaimanapun, gempa bumi berlaku dan mayat pelajar perempuan tersebut terdedah oleh dinding yang pecah. Guru itu, yang juga penasihat Persatuan Pengajian Misteri, menyaksikannya lalu takut akan rahsia terbongkar, dia membunuh Ruiko dan memasukan semula mayat itu ke dalam dinding. Disebabkan lubang yang mendedakan mayat terlalu besar, dia menggantikannya dengan poster. Ahli persatuan yang lain, yang hendak menanggalkan poster tersebut telah dibunuh juga olehnya.
Kindaichi kemudiannya mendapati yang asalnya hanya terdapat 6 keajaiban. Lagipun, pembunuhan tidak berlaku di tempat seperti yang tertera dalam keajaiban dan pembunuh pula tidak meletakkan mangsa betul-betul di tempat seperti yang diceritakan dalam keajaiban tersebut. Ini disebabkan guru itu akan risau jika pihak polis menyiasat lebih tentang temapt yang mayat-mayat asalnya disembunyikan.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tujuh_Pengajaiban_Sekolah_Fudo"
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:27 PM 0 comments



















