Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad umum keluar UMNO, banyak pihak membuat ulasan dan andaian masing-masing termasuk perdana menteri Abdullah Haji Ahmad dan timbalannya Najib Tun Razak. Kebanyakan daripada pemimpin UMNO yang berkuasa sekarang memberi reaksi yang kita boleh agak akan sedemikian rupanya. Sama ada mereka jujur atau tidak bukan persoalannya kerana orang politik memang begitu, mereka akan menari mengikut rentak.Tetapi, reaksi atau ulasan ketua pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein Onn agak melucukan dan boleh dikatakan kurang bijak. Hisham menuduh Mahathir sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab sedangkan itu adalah hak mutlak Mahathir.Hisham agaknya buta sejarah. Sebelum berkat-kata, Hisham seharusnya berfikir apa yang hendak diperkatakan. Jangan terlalu ikut perasaan atau emosi.Apabila Hisham menuduh Mahathir tidak bertanggungjawab, maka dengan sendirinya Hisham menuduh datuknya yang juga pengasas UMNO, Datuk Onn bin Jaafar dan bapanya yang juga mantan presiden UMNO, Hussein bin Onn, tidak bertanggungjawab.Datuk Onn adalah presiden (Yang Di-Pertua ketika itu) UMNO pertama yang keluar UMNO manakala Tun Hussein Onn tidak menyokong dan tidak menganggotai "UMNO Baru" selepas UMNO asal diharamkan oleh Mahkamah, sebaliknya dia menyokong Parti Melayu Semangat 46.Jika kita melandaskan hujah kepada apa yang dikatakan oleh Hisham, maka perbuatan atau tindakan Datuk Onn dan Tun Hussein adalah sama seperti Tun Mahathir. Jika Hisham kata Tun Mahathir tidak bertanggungjawab, maka tuduhan yang sama boleh ditujukan kepada Datuk Onn dan Tun Hussein.Apakah Hisham lupa sejarah atau buta sejarah? Apakah tidak ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk memberi ulasan selain daripada tidak bertanggungjawab?Hisham harus ingat tiga orang pemimpin UMNO terdahulu tidak menyokong parti atas sebab-sebab tertentu bermula dengan datuknya sendiri, kemudian oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dan diikuti pula oleh Tun Hussein dan sekarang Tun Mahathir. Presiden UMNO yang tidak keluar parti hanyalah Tun Abdul Razak yang pulang ke rahmatullah semasa masih memegang jawatan.Kita harus terima hakikat bahawa Tun Mahathir berhak berbuat demikian kerana ia dibolehkan oleh Perlembagaan UMNO itu sendiri. Kita tidak boleh halang atau marahkan beliau kerana berbuat demikian dan kita tidak seharusnya melemparkan bermacam-macam tuduhan ke atas beliau. Bukankah UMNO sebuah parti politik yang mengamalkan sistem demokrasi? Tun Mahathir hanya melaksanakan hak demokrasinya. Kita seharusnya menghormati haknya itu.Sama-samalah kita renungi cogan kata... "UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA"... dan fikirkanlah sama ada ia akan terus berkaitan atau relevan.
Saturday, June 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment