Tanah perkuburan Islam di Kebun Lama, Langkawi Road, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang kini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Tanah perkuburan yang diwujudkan semasa zaman pemerintahan Francis Light itu kini dalam keadaan terbiar, kotor dan dijadikan tempat membuang sampah.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pentadbir tanah wakaf nampaknya telah mengabaikan amanah tersebut sama sekali. Tanah perkuburan Kebun Lama diwakafkan oleh Tengku Shariff Syed Hussain bin Abdul Rahman Idid, yang juga pengasas Masjid Melayu, Lebuh Aceh.
Antara pusara yang terdapat di tanah perkuburan Kebun Lama adalah makam seorang Sultan Aceh dan keluarga Almarhum, makam beberapa orang kadhi dan ulama silam.
Saturday, June 28, 2008
Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama Terbiar dan Kotor
Posted by usyarif_hardyboyz at 7:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment