Apabila Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad (Pak Lah) umum yang dia akan letak jawatan pada Jun 2010 dan menyerahkan kepimpinan kerajaan dan parti kepada timbalannya, Najib Tun Razak, ramai yang pasti lega dengan harapan krisis kepimpinan yang sedang menghantui UMNO akan selesai.Mungkin ada kebenarannya jika kita lihat atau amati dari satu sudut. Tetapi, jika ditinjau dari sudut lain, kita akan dapati bahawa strategi Pak Lah cukup bijak dan kena pada sasaran.Pak Lah sedar dan tahu bahawa kepimpinannya sedang dan akan dicabar pada perhimpunan agung UMNO hujung tahun ini bukan sahaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah tetapi oleh Najib sendiri. Jika dicabar, Pak Lah belum pasti akan dipilih semula bahkan ada yang percaya bahawa Pak Lah mungkin tidak akan mendapat 30 peratus pencalonan daripada bahagian UMNO.Satu jalan keluar yang dapat menjamin kedudukan Pak Lah ialah dengan mengumumkan bahawa dia akan letak jawatan pada Jun 2010 dan Najib pula meminta (mengarah?) semua bahagian UMNO supaya menyokong Pak Lah sebagai presiden parti pada Disember ini. Dengan itu, kedudukan Pak Lah adalah selamat selain kedudukan Najib terjamin.Dengan sokongan kuat daripada bahagian-bahagian UMNO, Pak Lah akan dapat dengan mudah mempertahankan jawatannya dan sekali gus mematikan hasrat Tengku Razaleigh untuk mencabarnya kerana agak sukar bagi Ku Li memperolehi pencalonan dalam keadaan yang diwujudkan itu.Pak Lah bijak dalam mengatur strategi yang menjamin kedudukannya sehingga Jun 2010, memberi kelegaan dan harapan kepada Najib dan memendekkan kerjaya politik Ku Li.
Tuesday, July 29, 2008
Monday, July 28, 2008
Jika anda alami renjatan emosi, jumpa Datuk Seri Najib
Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parcel A yang menempatkan pejabat-pejabat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Negara, antara lain, di Bangunan Perdana Putra.Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak, TPM yang berpejabat di Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Bukan mudah nak jumpa tanpa urusan rasmi dan temujanji terlebih dahulu.
Adalah lebih sukar untuk menemui beliau di kediaman rasminya yang di kawal ketat. Seseorang itu tidak boleh sesuka hati pergi ke kediaman rasmi TPM untuk menemui beliau.
Menteri Kabinet juga tidak dengan senang sahaja boleh menemui TPM tanpa terlebih dahulu membuat temujanji.
Setelah Najib dilantik TPM, saya pernah hanya sekali ke pejabatnya di Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra pada tahun 2004 untuk menyerah teks ucapan sempena salah satu majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dihadiri oleh beliau selaku wakil Perdana Menteri. Pada waktu itu saya bertugas di Pejabat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang berpejabat di Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat di JPM sebelum itu, saya berpejabat di Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra (satu aras di bawah pejabat TPM) dan tahu mengenai kawalan keselamatan yang ada di JPM.
Oleh itu, saya hairan bagaimana seorang anak muda yang kononnya "traumatized" atau mengalami satu kejutan yang amat teruk dan renjatan emosi akibat kononnya di liwat oleh mantan TPM boleh dengan senangnya menemui Najib di kediaman rasminya yang dikawal ketat iu.
Adakah ini bermakna bahawa sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mengalami masalah yang sama boleh dengan mudahnya pergi sama ada ke JPM atau ke kediaman rasmi TPM untuk mengadu dan meminta bantuan seperti yang dilakukan oleh pemuda berkenaan?
Sudah tentu tidak boleh! Tetapi itulah alasan yang diberikan sendiri oleh Najib kepada pihak media yang ingin tahu kenapa pemuda berkenaan menemuinya. Sekiranya apa yang diucapkan oleh Najib itu benar dan betul, maka rakyat Malaysia yang mengalami renjatan emosi atau "traumatized" atas apa alasan sekalipun, pergilah mengadu kepada Najib sama ada di pejabatnya atau di kediaman rasminya di Putrajaya.
Saya tidak ingin menyentuh mengenai tuduhan liwat kerana ia sedang di siasat oleh polis. Saya melihat alasan Najib tentang kenapa pemuda berkenaan menemui beliau agak meragukan kerana saya tahu bukan senang untuk memasuki sama ada Kompleks JPM (Perdana Putra) ataupun kediaman rasmi TPM.
Saya pernah bertugas di Bangunan Perdana Putra dari tahun 2000 hingga 2004 dan tahu bahawa bukan mudah untuk orang ramai memasuki kompleks itu tanpa kebenaran atau mempunyai urusan rasmi yang ditetapkan lebih awal. Seseorang yang ingin memasuki kawasan Bangunan Perdana Putra perlu mendapat pas keselamatan dari Bilik Pengawal yang dilengkapi pintu pengesan logam dan kamera tv litar tertutup. Pihak keselamatan tidak akan mengeluarkan pas keselamatan sebelum mendapat pengesahan daripada pejabat yang hendak dikunjungi. Selepas mendapat pengesahan barulah pas keselamatan diberikan. Ini bermakna bahawa seseorang itu perlu membuat temujanji atau dijemput atas urusan rasmi dan tidak boleh sesuka hati meminta pas keselamatan untuk masuk. Kawalan keselamatan adalah ketat.
Kawalan yang ketat juga dilaksanakan di kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sesiapapun tidak boleh masuk tanpa kebenaran atau temujanji terlebih dahulu.
Oleh itu, bagaimana seorang pemuda yang "traumatized" begitu mudah memasuki kediaman TPM untuk mengadu dia diliwat. Kenapa perlu mengadu kepada TPM sedangkan TPM berkata dia tidak mengenali pemuda itu?
Sekiranya begitu mudah untuk menemui TPM di kediaman rasminya, maka eloklah bagi rakyat Malaysia yang mempunyai masalah supaya berduyun-duyun ke kediaman rasmi TPM untuk mengadu dan meminta pertolongan.
Pendek kata: Jika anda alami renjatan emosi akibat daripada melalui sesuatu pengalaman yang amat perit, menakutkan, mengejutkan dan amat memeranjatkan, jangan bimbang, pergi ke Putrajaya dan temuilah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak.
Itulah mesej yang disampaikan sendiri oleh Najib melalui media elektronik dan media cetak. Bagi pihak rakyat Malaysia yang teraniaya dan yang "traumatized" saya panjangkan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak atas kepedulian anda.
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:58 PM 0 comments
Shabery Cheek gagal dan mengecewakan dalam debat
Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek yang mempertaruhkan jawatannya apabila berdebat dengan penasihat Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini (15 Julai), jelas telah gagal mempertahankan institusi yang diwakilinya iaitu kerajaan.
Ahmad Shabery bukan sahaja gagal tetapi cukup mengecewakan dalam perdebatan yang dipancar secara langsung ke seluruh negara oleh dua buah stesen tv, TV9 dan Bernama TV.
Ahmad Shabery gagal menyentuh, menjawab dan memperincikan topik yang ditetapkan tetapi lebih cenderong menyindir dan menghentam peribadi Anwar termasuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah hampir 35 tahun berlalu.
Nampaknya, Ahmad Shabery menggunakan peluang debat untuk tujuan politik murahan dan sikapnya itu tidak memberi faedah atau kelebihan kepada kerajaan yang diwakilinya selaku menteri penerangan. Tepukan dan sorakan yang diberi oleh para penyokongnya bukan bermakna ianya betul. Biasalah, itu kerja penyokong dan sekiranya pegawai dan kakitangan di Angkasapuri memujinya, itupun sesuatu yang biasa. Di depan menteri cakap lain, di belakang lain bicara.
Ahmad Shabery jauh menyimpang daripada tajuk atau persoalan pokok yang diperbahaskan dan ini adalah satu kesilapan. Yang jelas, dia bukan seorang pemidato apatah lagi pendebat atau pembahas yang baik. Nampaknya dia gagal menimba ilmu dan mempelajari sesuatu daripada mantan bosnya, Tengku Razaleigh Hamzah semasa cergas dalam Semangat 46.
Syabas dan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang walaupun sedang menghadapi ancaman untuk ditangkap oleh pihak berkuasa, masih mampu tenang dan tersenyum menerima serangan peribadi dan tidak pula menyerang balas. Anwar tidak banyak lari daripada topik dan hujah-hujahnya mudah difahami oleh majoriti rakyat yang menonton siaran langsung itu.
Oh ya, Ahmad Shabery juga kurang bijak dalam memilih "wakil" untuk mengemukakan soalan. Dr Nordin Kadri, mantan Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan kini Naib-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan orang yang sepatutnya dilantik.
Perdebatan ini tidak sama dengan kem-kem motivasi dan sesi untuk mempengaruhi orang supaya mengubah pendirian atau menghapuskan kepercayaan lama yang saya percaya salah satu bidang kepakaran beliau, tetapi satu perdebatan yang membabitkan dua orang tokoh politik yang memperkatakan satu isu yang penting dan genting.
Cara Dr Nordin mengajukan soalan selepas membuat sedikit syarahan adalah tidak kena pada tempat dan majlis. Ini bukan satu program Biro Tata Negara. Mungkin dia terbawa-bawa dengan cara kerjanya semasa di BTN.
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:56 PM 0 comments
TNB and IPPs
When Information Minister Ahmad Shabery Cheek and former deputy prime minister and de-facto opposition leader Anwar Ibrahim took the stage for the recent debate, the name of former Tenaga Nasional Berhad's (TNB) executice chairman was mentioned.
Anwar said that Tan Sri Ani Arope resigned because he was not in favour of the government' s stand on the independent power producers (IPPs). Tan Sri Ani was TNB's executive chairman from 1990 to 1996 and it was during his tenure that the first generation IPPs were created.
Tan Sri Ani is known for his honest and no nonsence way of doing things and former high court judge, Dato Syed Ahmad Idid justly described the Penang-born scientist as follows:
"Tan Sri Ani was and remains an upright person and had to suffer because he did not agree with the IPPs getting away with too much ... and consumers have to pay."
"I am not anti-IPPs per se. It is good to have other players but it has to be done fairly. It has to be fair to the consumers, not just TNB, which is a conduit. TNB, because of the electricity hike, has been treated as the whipping boy. The focus should be on the consumers," Tan Sri Ani once told StarBiz in an exclusive interview.
When the generous terms were given to the IPPs, Tan Sri Ani said all of his other peers around the world asked what was happening. They said they would like to have a share in the IPPs. They said (the contracts to IPPs) were "too darn generous."
When Anwar touched on the IPPs, Shabery Cheek replied that it was implemented when Anwar was Finance Minister. It is interesthing to note that in the StarBiz interview, Tan Sri Ani was asked "How was the Malaysian model of IPPs created?" and he answered "Ask our Prime Minister."
He was also asked "How was the process of negotiations with IPPs conducted?" and he replied: "There was no negotiation. Absolutely none. Instead of talking directly with the IPPs, TNB was sitting down with the EPU (Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department). And we were harassed, humiliated and talked down every time we went there. After that, my team was disappointed. The EPU just gave us the terms and asked us to agree. I said no way I would."
Tan Sri Ani also said the pricing and terms of the contracts was all fixed up. "This is the price, this is the capcity charge and this is the number of years. They said you just take it and I refused to sign the contracts. And then, I was put out to pasture."
He described the terms agreed by the EPU as "grossly unfair." At 16 sen per unit (kWh) and with the take or pay situation, actully it was 23 sen per unit. With 23 sen, plus transmission and distribution costs, TNB would have had to charge the consumer no less than 30 sen per unit. If mix with TNB's cost, Tan Sri Ani said the cost would come down but that was at TNB's expense because the utility company were producing electricity at 8 sen a unit. "We can deliver electricity at 17 sen per unit," he said.
Tan Sri Ani also said that "nobody produces excess electricity like Malaysia and it goes to waste because there are no batteries to store that power. TNB only needs a reserve of 15 per cent to 20 per cent."
In the interview, Tan sri Ani told StarBiz that he felt sick of the process of awarding the IPP contracts. "It was morally wrong and not fair. If it is legal and not fair, I will not do it. If it is fair and illegal, I still won't do it. It has to be legal and fair. We work for the consumers, workers and shareholders. TNB is morally obliged to these three, but the consumers come first, otherwise we won't be around. It is then the workers and the shareholders."
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:55 PM 0 comments
DNA Profiling is never too old
Prime Minister Abdullah Haji Ahmad has urged opposition leader Anwar Ibrahim to give his blood sample for a DNA test and prove his innocence, saying that the police want to complete their investigations as soon as possible but was unable to do so because of Anwar's "unwillingness" to co-operate.
Anwar, who is facing sodomy allegations as claimed in the police report by his former employee, refused to entertain any request for blood samples because he believed that the police would fabricate evidence against him. He said the police can look at his DNA profile taken some 10 years ago when he faced similar charge.
However, Abdullah or Pak Lah, who is not an expert in this subject, claimed that the DNA "sample" mentioned by Anwar "is too old, so they need a new sample, what is wrong in giving?"
You are not entirely correct, Pak Lah. DNA or Deoxyribonucleic Acid, a complex chemical substance found in the nucleus of each cell and carries information required for the development of an individual, remains the same and will never be too old.
I was privileged to accompany former de-facto law minister Dr. Rais Yatim when he visited the Department of Chemistry Malaysia, Petaling Jaya, in particular the DNA section under its Forensic Division where the minister was briefed on the subject by the experts including serology/DNA head Primulapathi Jaya. The serology/DNA section is tasked to identify evidence through DNA profiling.
DNA profiling is a technique implemented in forensic laboratories all over the world and can be applied to determine whether evidentiary biological substances found at the crime scene came from the suspect, victim or both. Materials that can be subjected to DNA analysis are substances that are biological in nature and not necessarily from blood, but from saliva, urine, tears, nail, hair and bone.
In October 2003, the government was scheduled to table the DNA Identification Act in Parliament, however it did not do so. The proposed Act would allow police and the Chemistry Department to quickly trace and confirm suspects in cases of rape, murder and other violent crimes. The Act will allow the Chemistry Department to set up a data bank to store DNA profiles of convicts and suspects.
The Act would also empower police to collect blood specimens or take oral swaps from convicted criminal and suspects to be stored in the data bank, to be known as Forensic DNA Data Bank of Malaysia. It will be a fully integrated law enforcement system of DNA records and will establish four files of DNA records for population, forensic (crime stains) index, convicted offender index and missing persons index.
The Anwar Ibrahim episode (of not giving his blood specimen) will not be a legal hindrance had the DNA Act tabled in Parliament in October 2003. It is five years too late for the government to regret.
The DNA Act was then actively pursued by Dr Rais, however, after the 2004 general elections, he was moved to the Culture, Arts and Heritage Ministry and the law portfolio handed over to Radzi Sheikh Ahmad, then to Nazri Aziz and now to Zaid Ibrahim.
Why was the DNA Act kept in cold storage by the government? Who is responsible? Is it Radzi, Nazri, or Gani Patail (the AG)?
Posted by usyarif_hardyboyz at 11:53 PM 0 comments
Friday, July 4, 2008
Interaksi: 'Muzik kita sentiasa kena jajah'
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:52 AM 0 comments
Tidak popular bukan tak bermutu
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:49 AM 0 comments
Hasil kerja seni Loloq mampu sara keluarga
Hariah Yaacob bersyukur lirik ciptaan arwah suami terima bayaran royalti tertinggiHARIAH Yaacob 36, balu kepada penulis lirik terunggul tanah air, Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq bersyukur kerana arwah suaminya meninggalkan hasil kerja seni yang mampu menampung kehidupan beliau dan anak-anaknya.Hasil kegigihan Loloq dalam dunia seni meninggalkan kesan yang sangat besar sehinggakan Allahyarham diangkat sebagai penerima royalti tertinggi bagi kategori penulis lirik selama enam tahun berturut-turut di Anugerah Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) kali ke-12 yang di Auditorium Penyiaran RTM, Kuantan, Pahang."Saya bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan ini dan berbangga dengan bakat penulisannya selama ini sehingga diiktiraf sebegini tinggi. Setidak-tidaknya hasil kerjanya dapatlah saya membesarkan anak-anak dengan sempurna."Saya juga akui pengorbanannya untuk menjadi seorang penulis dibuktikan dengan menumpukan 100 peratus kepada kerjayanya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling dan ini adalah hasilnya yang ditinggalkan untuk kami."Selain banyak mentelaah buku berkaitan muzik dunia, dia terlalu kuat membaca pelbagai buku seperti agama, politik, sejarah dan apa saja yang boleh dijadikan ilham untuk menulis lirik," katanya yang hadir menerima anugerah ditemani anak Jaevn Nur, 9.Selain dipilih sebagai Penulis Lirik dengan Pendapatan Tertinggi, Allahyarham Loloq juga turut memenangi Kategori Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak menerusi lagu Aduh Saliha. Lagu ini dicipta oleh M Nasir dan dinyanyikan oleh Mawi.Ini adalah kali kedua berturut-turut Anugerah MACP diadakan dengan kerjasama RTM dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1. Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid, timbalannya, Datuk Adilah Shekh Omar dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan.Sementara itu, M Nasir yang juga rakan seperjuangan Loloq turut diiktiraf sebagai Komposer kategori Lagu Melayu Kategori Persembahan Terbanyak menerusi lagu Aduh Saliha sekali gus diangkat sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi selama lapan tahun berturut-turut sejak ia diperkenalkan pada 1996."Apa yang membuatkan saya berbangga dan bersyukur apabila saya dapat menyampaikan anugerah buat Allahyarham Loloq kepada wakilnya. Saya juga bersyukur kerana sehingga kini lagu saya masih mendapat tempat di hati pendengar."Apa yang membuatkan saya terperanjat adalah apabila diumumkan lagu Aduh Saliha menerima anugerah bagi kategori Lagu Melayu; Kategori Persembahan Terbanyak, ini membuktikan lagu itu masih lagi top dan diterima pendengar," katanya.Buat pertama kalinya setelah 12 tahun penganjuran anugerah ini, MACP turut memperkenalkan enam kategori baru melalui pertandingan Juara Kepada Juara (JKJ) yang bertujuan mengangkat prestij majlis ini.JKJ memperkenalkan kategori Susunan Muzik Terbaik, Lirik Terbaik, Melodi Terbaik, Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik yang dipersembahkan secara langsung semasa majlis anugerah itu berlangsung. Ia turut diadili juri profesional seperti Adnan Abu Hassan, Ramlan Imam, Nasser Abu Kasim, Prof. Rahman Saari dan Fauzi Marzuki.Pendatang baru, Hafis Hamidun mengungguli dua daripada enam kategori iaitu kategori Melodi Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu dan liriknya Kau Yang Satu. Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini turut membawa pulang tiga trofi termasuk wang tunai RM9,000."Kemenangan ini membuktikan lagu nasyid turut mendapat tempat di hati peminat tanah air. Masyarakat perlu mengubah persepsi dengan melihat kualiti lagu berbanding populariti artis. Ini adalah usaha saya selama dua tahun bertungkus lumus menghasilkan lagu ini semata-mata mencuba mendapatkan perhatian masyarakat dan boleh diterima semua golongan usaha."Dengan kemenangan ini juga menjadi semangat untuk saya berjuang dengan menghasilkan lebih banyak lagu berkualiti bagi meningkatkan industri muzik tanah air," katanya.Turut mengungguli penerima tiga kategori JKJ yang juga band baru dan bakal menyinarkan industri muzik ialah Silent Scream."Kemenangan adalah nombor dua bagi kami dan apa yang utama adalah persembahan kami mampu memberi kepuasan kepada pendengar dan diri kami sendiri. Kami akui, biarpun sudah 10 tahun terbabit dalam industri ini namun kami masih tidak dikenali ramai. Kemenangan ini juga menjadi pembakar semangat kami untuk terus berada di arena ini dengan menghasilkan karya-karya bermutu lagi," kata penyanyinya John Oommen.Selain John Oommen, mereka turut dianggotai oleh Tan Hiang Liang (bass), Irwan Haadi (gitar), Yam Wern Jhien (keyboard) dan Andrew Yap (drum).
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:48 AM 0 comments
Soseh Soseh: Dunia seni masih perlu sumbangan M Nasir
ISTILAH sahabat sejati bagi SS adalah sahabat yang mampu mengharungi susah senang bersama serta berkongsi suka duka.Malah sahabat sejati mempunyai tempat istimewa di hati dan dalam beribu kawan hanya seorang saja layak digelar dengan panggilan itu.Dalam dunia seni, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq begitu istimewa di hati penyanyi dan pencipta lagu tersohor, M Nasir.SS dimaklumkan sehingga kini M Nasir masih tiada 'mood' bekerja sekali gus meneruskan perjuangan seninya walaupun lebih tiga bulan Loloq kembali ke rahmatullah.Menurut sumber, jika di peringkat awal dulu M Nasir serta beberapa kakitangan Luncai Emas bagaikan tidak bersemangat mengunjungi pejabat kerana sedih mengenangkan pemergian arwah Loloq yang sering menceriakan suasana kerja.Sekarang ini, SS dengar M Nasir sedang mempertimbangkan keputusan mengundurkan diri dari bidang seni kerana baginya sudah tiada makna perjuangan tanpa sahabat baik di sisi. Apatah lagi, hanya Loloq mampu menghasilkan lirik bersesuaian ideologi M Nasir.Kalau benarlah bagai di kata, SS harap M Nasir tidak terburu-buru membuat keputusan kerana masih ramai peminat dahagakan cetusan ilhamnya yang membina minda.
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:46 AM 0 comments
M.Nasir di istana budaya
Berita gembira untuk semua peminat sifu M.Nasir di luar sana. M.Nasir akan mengadakan Konsert Alam Muzik M.Nasir pada 24-26 Oktober 2008 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert Alam Muzik M. Nasir merupakan sebuah konsert raksasa klasik dan kontemporari. Penampilan M. Nasir kerana beliau merupakan ikon kepada masyarakat yang mewakili pelbagai kaum. Lagu-lagunya digemari, penampilannya dipuji dan semangatnya dalam dunia seni juga disanjung tinggi. Dari irama Melayu tradisional sehingga ke irama kontemporari, M. Nasir masyhur dengan pelbagai tema yang menyentuh jiwa masyarakat.
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:46 AM 0 comments
Misi terbesar karyawan
Posted by usyarif_hardyboyz at 5:38 AM 0 comments










