ISTILAH sahabat sejati bagi SS adalah sahabat yang mampu mengharungi susah senang bersama serta berkongsi suka duka.Malah sahabat sejati mempunyai tempat istimewa di hati dan dalam beribu kawan hanya seorang saja layak digelar dengan panggilan itu.Dalam dunia seni, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq begitu istimewa di hati penyanyi dan pencipta lagu tersohor, M Nasir.SS dimaklumkan sehingga kini M Nasir masih tiada 'mood' bekerja sekali gus meneruskan perjuangan seninya walaupun lebih tiga bulan Loloq kembali ke rahmatullah.Menurut sumber, jika di peringkat awal dulu M Nasir serta beberapa kakitangan Luncai Emas bagaikan tidak bersemangat mengunjungi pejabat kerana sedih mengenangkan pemergian arwah Loloq yang sering menceriakan suasana kerja.Sekarang ini, SS dengar M Nasir sedang mempertimbangkan keputusan mengundurkan diri dari bidang seni kerana baginya sudah tiada makna perjuangan tanpa sahabat baik di sisi. Apatah lagi, hanya Loloq mampu menghasilkan lirik bersesuaian ideologi M Nasir.Kalau benarlah bagai di kata, SS harap M Nasir tidak terburu-buru membuat keputusan kerana masih ramai peminat dahagakan cetusan ilhamnya yang membina minda.
Friday, July 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment