CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 5, 2008

Mandi Wajib

Ada enam perkara yang mewajibkan mandi, iaitu:
1.Haid.
2.Nifas.
3.Keluar mani sama ada sengaja atau tidak.
4.Wiladah(melahirkan anak).
5.Jimak.
6.Mati(bukan mati syahid yakni mati dalam membela agama islam).

Rukun Mandi Wajib.

1.Niat di dalam hati ketika membasuh bahagian
yang pertama dari tubuh badan.Melafazkan
niat dengan lisan adalah sunat.
2.Meratakan air ke seluruh anggota badan
termasuk celah-celah anggota badan seperti
seperti ketiak,celah telinga,celah peha,celah
jari dan segala rambut serta bulu di badan.



Tayammum.

Tayammum ialah menggantikan wuduk atau mandi junub untuk mengharuskan seseorang itu melakukan solat,tawaf dan menyentuh Al-Quran.
Tayammum hanya diharuskan apabila ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air atas sebab keuzuran.


Syarat Tayammum

1.Sakit yang sangat kuat menyebabkan tidak
boleh kena air.
2.ketiadaan air setelah berusaha mencarinya atau
ada air yang mencukupi untuk diminum sahaja.
3.Uzur menggunakan air pada anggota-anggota
wuduk seperti muka,tangan dan kaki kerana
luka atau berbalut.
4.Telah masuk waktu solat fardu.
5.Menggunakan debu tanah yang suci.
6.Sekali bertayammum hanya untuk satu solat
fardu sahaja.




Rukun Tayammum.

1.Niat tayammum untuk mengharuskan solat atau
menyentuh Al-Quran semasa memindahkan
tanah ke muka.
2.Menepuk dan memindahkan debu yang suci ke
muka dan meratakannya.
3.Menepuk dan memindahkan debu yang suci
ke dua belah tangan hingga ke siku dan
meratakannya.
4.Tertib.

Perkara yang membatalkan tayammum.

1.Tiap-tiap perkara yang membatalkan wuduk
membatalkan tayammum.
2.Ada air sebelum memulakan solat tersebut.
3.Sembuh daripada keuzuran.

0 comments: