CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 5, 2008

Perkara Sunat Dalam Solat

Perkara-perkara sunat dalam solat terbahagi
dua,iaitu:
1.Sunat haiah.
2.Sunat Ab’adh.

Sunat’ Ab’adh jika ditinggalkan hendaklah
kita lakukan sujud sahwi,manakala sunat haiah tidak memerlukannya.
ifti
Sunat haiah ada 14 perkara.

1.Mengangkat tangan dengan kedua tapak tangan dan menghadap kiblat ketika takbiratul ihram,rukuk,iktidal dan ketika bangun daripada rakaat kedua.
2.Meletakkan perut tapak tangan di atas tangan kiri dan diletakkan di bawah dada.
3.Membaca doa iftitah. 4.Membaca ta’wuz iaitu A’uzubillah memohon
daripada Allah daripada gangguan syaitan.
5.Membaca surah al-Fatihah dan surah lain
selepasnya dengan suara yang kuat pada rakaat
pertama dan kedua.
6.Membaca Amin selepas membaca surah al-
Fatihah.
7.Membaca surah atau beberapa ayat al-Quran
Selepas bacaan al-Fatihah.
8.Membaca takbir ketika rukuk,sujud,duduk
antara dua sujud dan bangun daripada sujud.
9.Membaca ‘sami’allahu liman hamidah’
ketika iktidal.
10.Membaca tasbih ketika rukuk sebanyak tiga
kali.
11.Membaca tasbih ketika sujud sebanyak tiga
kali.
12.Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lali
kaki kiri.
13.Duduk tawaruk iaitu duduk ketika tahiyat akhir.
14.Memberi salam yang kedua.

0 comments: