CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 2, 2008

Sejarah dan Kita

Ibn Khaldun.
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

HERODOTUS

Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

MUHD YUSOF IBRAHIM
Sejarah merupakan catatan atau pun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

Pengisytiharan Kemer

Peristiwa pengisytiharan kemerdekaan pada 31 haribulan Ogos 1957 merupakan peristiwa yang amat bermakna dan bersejarah kepada penduduk Tanah Melayu. Ini adalah kerana peristiwa menandakan berakhirnya penjajahan kuasa asing terhadap negara kita dan secara automatiknya negara kita mencapai kemerdekaan.

Sumber Sejarah

Bahan-bahan yang memberikan maklumat yang benar mengenai peristiwa pada masa lalu.

Sumber Pertama

Dikenali juga dengan nama Sumber Primer
Terdiri daripada bahan-bahan asal dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan.
Bahan asal ini belum diolah dan dicetak oleh para sejarawan atau penulis lain
Belum ditafsir dan berbantuk asli
Contoh – batu bersurat, manuskrip yang belum dicetak, diari, surat peribadi, dan fail rasmi jabatan

Sumber Kedua


Dikenali sumber sekunder
Dikaji melalui pembacaan bahan penulisan
Bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan pada umum
Contoh – majalah, buku, jurnal, akhbar, risalah, ensiklopedia, dan laporan tahunan jabatan



Kaedah Bertulis

Sumber bertulis terdiri daripada catatan yang ditulis, dilakar atau dipahat pada
a. Batu d. Daun kayu g. Kertas
b. Dinding gua e. Logam
c. Kulit kayu f. Gading
nDapat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai
a. Perkara c. Tokoh e. Perundangan
b. Peristiwa d. Kejadian f. Adat resam
Contoh – Batu Bersurat Terengganu, Kuala Berang. Terengganu – 1303 Masihi
Bukti – Islam telah bertapak di negara pd awal abad ke-14
Bahan bercetak sering dijadikan sumber rujukan untuk mengkaji fakta mengenai peristiwa bersejarah
Bahan rakaman – sumber terbaru – kaedah pandang dengar



Kaedah Lisan

Kaedah temu bual
Dongeng, mitos, tahyul tidak diakui kerana terdapat ciri tokok tambah dan tidak mementingkan kebenaran dan fakta yang sah – diragui kebenarannya.


Kaedah Arkeologi

Sumber penting bagi mengkaji cara hidup dan sejarah peradaban masyarakat purba
Ketepatan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon – PMR’04’05
Dapat membuat pentafsiran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat lampau – PMR’06
Bahan purba dijumpai dikenali sebagai artifak
Maklumat diperolehi dari sumber bertulis seperti rekod, laporan, dokumen lama, manuskrip asal, buku-buku lama tersimpan di arkib negara – PMR’01




Kepentingan Bahan Arkeologi



Menggambarkan kebudayaan dan peradaban masyarakat zaman purba
Menggambarkan kekuatan sesebuah kerajaan lama
Membuktikan pengaruh sesuatu agama di kalangan penduduk tempatan
Menggambarkan perjalanan aktiviti ekonomi penduduk
Menunjukkan peningkatan cara hidup masyarakat silam secara berperingkat-peringkat

0 comments: