CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 18, 2008

DOKTOR WANITA PERTAMA DAN PEGAWAI PERUBATAN WANITA

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor. Bekas Wanita Pertama Malaysia yang keempat ini merupakan seorang daripada doktor wanita yang pertama di Malaysia dan merupakan Pegawai Perubatan wanita pertama di negeri Kedah. Dr. Siti Hasmah memulakan pengajiannya di Methodist Girls School, Kuala Lumpur. Beliau adalah di antara wanita Melayu pertama yang ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.

Pada tahun 1955, beliau telah menerima Ijazah Doktor Perubatan daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Singapura dan kemudian berkhidmat di dalam perkhidmatan perubatan kerajaan. Sepuluh tahun kemudian, beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak, dan pada 1974, beliau juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.

Dr. Siti Hasmah merupakan penulis kepada beberapa artikal dalam perubatan keluarga dan faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan mengandung dan pembesaran kanak-kanak di Malaysia.

Beliau juga menaburkan jasa kepada negara melalui penglibatan yang aktif dan memegang jawatan dalam pegerakan sosial seperti Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah, Presiden Persatuan Yayasan Perubatan Malaysia, Presiden Persatuan Pemulihan Kanak-kanak Cacat, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, Penasihat Persatuan Kesihatan Ibu Mengandung dan Neonatal dan Penasihat Persatuan Pediatrik Malaysia.

Dr. Siti Hasmah merupakan seorang wanita tabah yang sentiasa berada di sisi suami tersayang untuk sama-sama merasai kehidupan sama ada sewaktu susah mahupun senang.

Sebagai satu-satunya gadis Melayu ketika itu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, hubungan sebagai kawan seperjuangan dirapatkan lagi dengan ikatan perkahwinan yang kekal sehingga ke hari ini. Kasih sayang yang terjalin semakin mendalam dengan kehadiran anak-anak tersayang.

Kedudukan beliau sebagai doktor perubatan dan isteri kepada Perdana Menteri membolehkan beliau menjalankan banyak tugas-tugas kemasyarakatan dengan tujuan memberikan kesejahteraan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini khususnya berkenaan kesihatan wanita, perancangan keluarga, kawalan penyalahgunaan dadah dan buta huruf di kalangan orang dewasa.

Sebagai bekas Presiden BAKTI (Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri), beliau aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dadah sehingga dijemput menghadiri First Ladies' Conference on Drug Abuse di Washington DC. Jemputan pada tahun 1985 itu dilakukan sendiri oleh Nancy Reagan, bekas wanita Pertama Amerika Syarikat juga isteri kepada Presiden Ronald Reagon (mendiang)

Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, beliau sedar akan kepentingan pendidikan kepada masyarakat khususnya para wanita bagi memperbaiki kehidupan mereka. Sebab itulah beliau banyak menarajui persatuan yang mempunyai kaitan tentang wanita dan anak-anak seperti pengerusi Persatuan Perancangan Keluarga Kedah, Presiden Pandu Puteri Malaysia, Presiden Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia dan banyak lagi.

Walaupun beliau banyak menyumbang bakti kepada rakyat seluruh negara namun rakyat Kubang Pasu tetap berada hampir di hatinya. Ini terbukti apabila beliau menjadi Penasihat Utama Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu dan melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti pendidikan kepada warga Kubang Pasu.

Segala jasa, sumbangan dan semangat dedikasi beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan sememangnya telah membolehkan beliau memperolehi banyak penghargaan antaranya Anugerah Kazue McLaren oleh Asia Pacific Consortium for Public Health pada 1988, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Perubatan pada 1991 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga pingat dari Yang Dipertua Agong, Sultan Selangor dan Sultan Kedah.

Selain daripada itu, kewibawaan beliau semasa menjadi Wanita Pertama begitu ketara sehinggga dijemput menghadiri First Ladies Summit for the Economic Advancement of Rural Women di Geneva oleh Queen Fabiola dari Belgium pada tahun 1992.

Di persidangan tersebut, Tun Dr. Siti Hasmah telah terpilih sebagai seorang daripada enam Core-Group Initiators of First Ladies yang mewakili rantau Asia Pasifik. Di persidangan tersebut jugalah Geneva Declaration on Rural Women disahkan bagi merumus dasar-dasar dan program-program untuk memajukan ekonomi para wanita di kawasan pedalaman.

Komitmen beliau dalam memperjuangkan kesejateraan wanita luar bandar dan pedalaman begitu disanjung tinggi oleh rakan-rakan seperjuangan beliau apabila pada September 1995, beliau dilantik sebagai pengerusi Regional Steering Committee on the Economic Advancement of Rural and Island Women bagi rantau Asli Pasifik.

Kesibukan beliau sememangnya tidak menghalang beliau aktif bersukan untuk menjaga kesihatan badan dan badminton ialah sukan yang mempunyai nilai sentimental dalam dirinya.

Pada 21 Jun lalu, jawatankuasa Sukan dan Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menganugerahkan beliau Anugerah Sukan dan Wanita 2004 bagi menghargai segala sumbangan beliau dalam sukan badminton.

Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini sangat aktif melibatkan diri dalam hal ehwal sukan badminton negara sehingga beliau dianggap sebagai ibu kepada para pemain badminton negara.

Kejayaan beliau yang paling manis adalah apabila Malaysia berjaya membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992 selepas kali terakhir piala tersebut berada di negara ini pada tahun 1985.

Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Wanita Pertama negara dan juga hal-hal kemasyarakatan, beliau masih mempunyai masa untuk bersama-sama anak-anak dan cucu-cucu kesayangan di samping melakukan kegiatan yang menjadi kegemaran di waktu lapang.

Tun Dr. Siti Hasmah telah membuktikan bahawa kaum wanita mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Sumbangan kaum wanita melalui contoh yang ditunjukkan oleh Dr. Siti Hasmah merupakan pemangkin ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni.

KERJAYA SEBAGAI PERDANA MENTERI

Era
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.
Asal Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Di arena antarabangsa
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Membangunkan Malaysia

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:
· Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
· Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.
Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.
Pemimpin yang berjiwa rakyat
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Juruterbang gagah membelah awan

MENAKLUK awam biru sering kali menjadi antara cita-cita yang diidamkan. Bagi anak gadis, baju kebaya cantik yang disarung pramugari menjadi impian manakala anak teruna pula, lebih teruja dengan kerjaya sebagai juruterbang.Bukan saja pakaian kemas yang kelihatan amat segak bila dikenakan, cabaran, imej, gaji (purata RM5,000 hingga RM25,000) dan pulangan lumayan pastinya menjadi tarikan. Namun, bukan semua yang bernasib baik dapat menjalani latihan penerbangan dan bergelar juruterbang. Kelayakan akademik yang baik, satu caturan dan paling utama, yuran pengajiannya amat mahal sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul seorang juruterbang.Beratus, beribu, malahan puluhan ribu nyawa `di tangan’. Sebarang kesilapan dan ketidakupayaan menangani sebarang masalah ketika terbang laju di udara akan membawa 1,001 keburukan.Kerana itu juga, latihan yang perlu dijalani sebelum bergelar juruterbang amat mencabar keupayaan dan ketahanan mental serta fizikal. Bagi yang berminat bergelar juruterbang, Asia Pacific Flight Training (APFT) adalah lokasi tepat mengejar cita-cita.Bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan, sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia ini menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT, Mejar (B) Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat dan memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL), berkata bukan mudah menjadi juruterbang. “Banyak ujian, halangan dan cabaran yang perlu dilalui. Saya sendiri mengikuti kursus jurulatih di Royal Air Force College Shawbury, United Kingdom dan kursus keselamatan penerbangan dengan UCLA, California, selain kursus pengurusan penerbangan di RAF College Cranwell dan Weybridge, London, United Kingdom. “Namun, setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain di dunia,” katanya yang menguruskan 65 bakal juruterbang ketika ini.Bakal juruterbang, Abdul Rahman Abdul Malik, 20, anak kelahiran Sarawak, amat bertuah kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang bakal menjadi kenyataan.Dia yang dulunya mengikuti pengajian A Level di New Zealand mengambil keputusan beralih haluan dan mengejar cita-cita yang ditanam sedari kecil.Lebih bertuah apabila hasrat Abdul Rahman menjadi juruterbang disokong penuh keluarga yang bersedia membiayai pengajiannya di sebuah sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia, Asia Pacific Flight Training (APFT), di Pengkalan Chepa, Kelantan.Anak bongsu daripada lima beradik, Ahmad Syamil Othman, 19, juga amat bertuah kerana cita-cita menjadi juruterbang mendapat sokongan keluarga.Lulusan jurusan sains komputer kolej swasta itu mengakui kerjaya juruterbang bukan mudah. Latihannya juga sudah cukup menguji. Pengalaman pertama membuat pusingan tajam pada ketinggian lebih 2000 kaki dengan pesawat satu enjin ketika latihan memang mengerikan namun ia bukan halangan baginya untuk menggapai cita-cita.“Alah bisa tegal biasa. Saya sukakan kerjaya ini dan pasti akan bergelar juruterbang satu hari nanti. Saya tidak akan sia-siakan pengorbanan keluarga yang sanggup membiayai pengajian di APFT,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.Pelatih APFT yang dibiayai Penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Ridhzuan Sapri, 25, dari Sabah, berkata dia memohon menjadi juruterbang kerana minat yang mendalam."Meskipun mampu mendapatkan pekerjaan selesa dengan ijazah daripada Universiti Multimedia yang saya miliki, saya tetap memilih juruterbang sebagai kerjaya kerana beranggapan ia kerjaya yang amat mencabar,” katanya.Bekas pelajar Kolej Damansara Utama Kuala Lumpur, Ashwin Ganapathy, 19, berkata keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu melayakkan dia mendapat biasiswa kerajaan bagi mengikuti pengajian di situ.

KERJAYA SEBAGAI AHLI FARMASI

Farmasi ditafsirkansebagai pembuatan dan pemberian ubat. Farmasi adalah satu kerjaya di manaahli-ahli farmasi membuat kajian untuk mencipta ubat-ubat baru. Ahli farmasijuga bertanggung-jawab memberikan ubat kepada pesakit-pesakit(dispensing).
Terdapat beberapa sektordi mana ahli-ahli farmasi diperlukan :
· JabatanKerajaan - di Malaysia, terdapat duatempat utama di mana tenaga ahli farmasi diperlukan.Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan(BPFK)adalah tempat di mana ubat-ubatdidaftarkan. Ubat-ubat yang hendak daftarkan hendaklah menjalankan beberapaujian di BPFK. BPFK juga memeriksa kilang-kilang untuk menentukan pembuatanubat-ubat dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan (Good ManufacturingPractice, GMP). Bidang penguatkuasa farmasi pula bertanggung-jawab memeriksa danmenentukan farmasi-farmasi, klinik-klinik dan kedai-kedai lain menjual ubatmenurut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan herba yangmengandungi ubat-ubatan terkawal seperti steroid adalah di bawah pengawasanUnit Penguatkusa Farmasi(UPF) ini. Selain itu, UPF juga bertindakmenurut akta-akta lain yang telah ditentukan.
· Hospital. Di hospital pemberian ubatkepada pesakit adalah di bawah kawal selia ahli farmasi. Ahli-ahli farmasimengawasi hospital assistants (HA) dalam pemberian ubat-ubatan.
· Peruncitan. Farmasi-farmasi yangdibuka menjual ubat-ubat kawalan dan ubat-ubat biasa (over-the counter, OTC)seperti Panadol dsb.
· Industri. Dalam sektor ini ahlifarmasi bertanggung-jawab dalam pengeluaran ubat, impot dan ekspot dan jugaresearch and development (R&D). Walaubagaimanapun, R&D di Malaysiatidaklah begitu ketara. Kebanyakannya dilakukan oleh negara-negara kaya. Itulahsebabnya, negara-negara tersebut boleh mengeluarkan ubat-ubatan baru danubat-ubatan yang semakin canggih.
Isu
Antara isu yang hangatdiperkatakan di Malaysia ialah isu "dispensing right" di mana ahli-ahli farmasimeminta hak mereka sebagai seorang ahli farmasi dalam memberikan ubat(dispensing) dapat dipenuhi. Di Malaysia, hak membuat diagnosis dan memberipreskripsi adalah di tangan para doktor. Bagaimanapun, hak dispensing yangsepatutnya dimiliki oleh ahli farmasi juga dipegang bersama oleh paradoktor.
Bidang farmasi diMalaysia bolehlah dikatakan masih lagi baru. Ia belum lagi berkembang seperti dinegara-negara maju, terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Fungsi ahlifarmasi belum lagi dijalankan sepenuhnya seperti negara-negaratersebut.
Di negara-negara majuseperti Amerika Syarikat dan Eropah, dan juga negara-negara lain sepertiAustralia, negara-negara Arab, New Zealand, Pakistan, Bangladesh dan Indonesiapara doktor tidak dibenarkan memberi ubat. Mereka hanya diberikan hak untukmengeluarkan preskripsi dan ubat-ubat hendaklah diambil atau dibeli darifarmasi. Pada tahun 2000 Korea Selatan telah mula menguatkuasakan undang-undangyang sama. Walaupun mendapat tentangan hebat dari para doktor, akhirnyaundang-undang tersebut dijalankan juga.
Pelbagai hujahdikeluarkan dikeluarkan kedua-dua pihak seperti tidak cukupnya bilangan farmasiyang berkecimpung dalam bidang peruncitan atau farmasi yang buka 24 jam. Ahlifarmasi pula berhujah bahawa kos perubatan akan menjadi lebih murah bila hakdispensing diberikan kepada ahli farmasi. Antara hujah lain yang diketengahkanoleh ahli farmasi ialah :
· Ahli farmasi lebihmendalami mengenai ubat-ubatan yang diambil
· Harus ada satu sistem dimana counter-check boleh dilakukan. Dengan konsep sekarang di mana doktormembuat diagnosis dan memberi ubat, pesakit tidak boleh membuat counter-checktentang ubat-ubatan yang diambil. Ahli farmasi lebih mengetahui tetangkesan-kesan sampingan ubat, interaksi antara ubat-ubat dan sebagainya. Sekiranyatugas dispensing diberikan kepada ahli farmasi, beliau boleh counter-checkubat-ubat yang dipreskripsikan oleh doktor. Baru-baru ini contohnya kitadikejutkan dengan berita kematian seorang bayi yang mengambil paracetamol(Panadol) dalam dos yang tinggi. Perkara ini mungkin boleh dielakkan sekiranyaada counter-check antara prescription dan dispensing.
· Ketidak-cukupan bilanganahli farmasi bukanlah satu isu yang besar. Ia adalah isu "chicken and egg". Ahlifarmasi keberatan untuk membuka farmasi kerana hak dispensing tidak merekamiliki. Sekiranya hak dispensing tersebut diberikan kepada ahli farmasi, kamiyakin akan banyaklah farmasi yang akan dibuka, di serata ceruk di Malaysia. Silabaca rencana yang ditulis oleh Utusan Pengguna Februari, 2001 di bawah.
· Masahadapan
Walaupun hak dispensing masih belum diberikan kepada ahli farmasi,prospek pekerjaan dalam bidang ini agak cerah. Bilangan ahli farmasi di Malaysiaadalah tidak mencukupi. Kadar seorang ahli farmasi : penduduk adalah sekitar1:7,000.Lebih banyak farmasi perlu dibuka untuk memperkenalkan bidangini kepada orang awam. Kebanyakan farmasi dibukadi bandar-bandar kerana orang-orang bandar lebih mementingkan kesihatan mereka.Mereka lebih bersedia untuk mengambil makanan-makanan tambahan seperti vitaminsdsb. Ahli farmasi harus memberikan penerangan yang lebih berkesan mengenaiperkara ini. Konsep pencegahan lebih baik daripada rawatan telah dapat diterimaoleh kebanyakan orang.Ada juga orang ramai yangtidak suka mengambil ubat berlebihan kerana kesan-kesan buruk ubat tersebut.Ahli farmasi boleh mencadangkan rawatan-rawatan alternatif yang ada.Ahli farmasi hendaklahberkerja bersama-sama dengan doktor untuk menaikkan taraf kesihatan penduduk Malaysia.

Saturday, September 20, 2008

DEMAM CHIKUNGUNYA


Demam Chikungunya ialah sejenis demam yang diakibatkan oleh alfavirus yang direbak oleh gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.

Demam Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 .

Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].

Deman Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.





Gejala

Simptom penyakit demam Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah C, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki-tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.

Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.



Terbitan linguistik
Menurut laporan awal Lumsden terhadap epidemiologi pada tahun 1955, istilah "chikungunya" berasal daripada kungunyala, kata kerja dasar Makonde yang bermaksud "kering" atau "berkernyut". Dalam penyelidikan serentak, Robinson menterjemahkan istilah Makonde ini dengan tambahan antara baris sebagai "sesuatu yang melengkung ke atas".

Rujukan kepada bahasa Makonde kemudian terlepas perhatian pengarang-pengarang yang berikut dan mereka menganggap bahawa istilah ini berasal daripada bahasa Swahili, lingua franca kawasan itu. Anggapan yang salah ini telah diulangi dalam banyak sumber tercetak; Google menyenaraikan melebihi 15,000 laman dalam carian untuk "chikungunya swahili".

GAMBAR GALAKSI


GAMBAR DI LUAR BUMI


Saturday, September 13, 2008

Strawberry Effie (Minuman)

Bahan-bahan:

2 cawan buah strawbery
1/2 cawan gula
1 paket agar-agar serbuk
250gm gulaBuah CocktailKrim putar


Cara-caranya:
Masak agar-agar hingga mendidih dan tuangkan pada campuran buah-buahan cocktail.
Biarkan sejuk.
Kemudian, dikisar strawbery bersam 1/2 cawan gula.
Untuk hidangan, tuangkan strawbery yang dikisar ke atas agar-agar yang telah dimasak terlebih dulu.
Hiaskan dengan krim putar dan strawbery segar
Cubalah....Juls

Air Tembikai Bersoda

Bahan2nya :

1 biji nenas
1 biji buah tembikai
2 biji limau nipis
1 botol ice cream soda
1½ cawan air gula


Cara Membuatnya :
Nenas dikupas kulitnya, kemudian campurkan dengan ½ daripada buah tembikai.
Masukkan kedalam blender bersama-sama dengan air gula, kisar hingga hancur. Kemudian ditapis.
Buah tembikai yg setengah lagi dipotong dadu. Masukkan kedalam air nenas tadi.
Tuangkan ice cream soda dan perah air limau serta kacau rata2.
Sejukkan.

AIR SARI TEMBIKAI

Bahan- bahannya :

1/4 biji tembikai kuning
1/4 biji tembikai merah
Gula pasir secukup rasa
1/2 sudu perahan lemon
1 tangkai cengkih


Cara membuatnya :
Tembikai dipotong dadu dan diisi kedalam mangkuk hidangan.
Simpan dalam peti sejuk.
Masak gula dan cengkih bersama air hingga memdidih.
Masukkan perahan lemon, kacau dan tutup apinya.
Sejukkan dalam peti sejuk dan tuang pada potongan tembikai ketika menghidang.
SELAMAT MENCUBA

BISKUT BADAM/KACANG CHOCO RICE

Bahan A

4 tin susu pekat F&N
4 cawan kelapa kering
4 cawan chocolate serbuk
4 sudu planta / butter.
badam/kacang (digoreng tanpa minyak).chocolate rice.

Cara2nya

Masukkan semua bahan A dalam kuali serbaguna, kacau hingga masak (sehingga tidak melekat disenduk). Bila dah sejuk, bulatkan dan masukkan badam/kacang. Golekkan didalam chocolate rice. Tidak perlu dibakar.
SELAMAT MENCUBA

BISKUT - JAPANESE CRISP COOKIES

Bahan A

200gm butter
150gm icing sugar
1 biji kuning telur
125gm quaker oats20gm
tepung jagung50gm
tepung susu50gm
black current50 gm
cherry merah & hijau dihiris
1/2 sudu teh vanilla35gm badam cincang [dibakar terlebih dahulu]
80gm tepung gandum100gm cornflakes [brand kellogs - dihancurkan terlebih dahulu]Merah telur untuk disapu

Cara2nya
Semua bahan2 kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu.
Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan2 kering ke dalam adunan.
Kemudian dicanai dan di potong2 mengikut citarasa anda sendiri. Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar.
Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan.

Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana.
Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong2, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum.
* Black current tu boleh digantikan dgn kismis hitam, buah bukan jem.Then tepung susu tu lebih baik yg dibeli di kedai menjual bahan2 kuih, yg pakai timbang tu tak kira brand apa2, gurantee biskut nie memang sedap. Especially masa tengah bakar baunya mengancam... rasa lagi lah sedappppp......
wasalammzz
geovisit();

Resepi biskut cornflakes

Bahan-bahan175g Unsalted butter(kalau salted butter/ margerine masin sikit tapi kalau unsalted butter lemak susu)50g gula icing1 sudu esen vanila175g tepung naik sendiri
Cara-cara
1. Pukul butter & gula sampai kembang
2. Bubuh esen vanila, kacau hingga rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai jadi doh
4. Bulat2kan doh & gelek kat cornflakes*
5. Bakar api sederhana* Cornflakes - kalau terlalu hancur dia akan keraskan biskut. Jadi ramas sikit2 je agar di pecah besar2 sebelum digelek kat doh tu...Aku rasa bahan yg buatkan dia sedap tu unsalted butter tu, sebab sebelum ni kita guna margerin… kurang mengancam... yg resepi ni memang rasa macam ada rasa susu sikit... seeeeddddaaaap....

geovisit();

Resepi kek coklat

Bahan A200 g tepung naik sendiri250 g soft brown sugar2 big spoon ovalette10 biji telur ayam2 sudu susu pekat4 sudu air sejuk /ais50 gram serbuk koko
Bahan B 1 buku (250 g) mentega, cair dan sejukkan sedikit
Topping Cooking chocolate (use double boiled method untuk mencairkannya) sedikit mentega badam hiris (untuk hiasan)
Cara-cara Semua bahan A dicampurkan sekali dan pukul dengan alat pemukul electric selama lebih kurang 10 ~15 minutes or sampai kembang.
Selepas itu masukkan mentega yang dicairkan dan pukul lagi for a few minutes
Selepas tu bolehlah dibaker selama 45 minutes atau sampai masak.
Biarkan sejuk
Untuk topping
campurkan sedikit mentega dan cooking chocolate.
Cairkan guna double boiled method dan salutkan kek tadi.
Apabila hampir keras topping nya, taburkan hirisan badam or hias sesuka hati

Mentega tu panaskan hingga cair & kemudian sejukkan sikit (mentega tu still cair) sebelum dicampurkan kedalam adunan kek yang dipukul. Kena guna soft brown sugar untuk tekstur yang lembut

Kek Coklat II
Bahan2nya:1/2 cawan marjerin/butter1 1/2 cawan gula2 biji telur1 sudu teh esen almond1/2 cawan serbuk koko tanpa pemanis1 3/4 cawan tepung kek 1 1/4 sudu teh baking soda } satukan1 sudu teh garam
Cara2nya:
Panaskan oven 175°C
Pukul butter dan gula sampai ringan dan kembang.
Campurkan telur dan esen almond dan pukul rata.
Campurkan serbuk koko dan adun sebati. Masukkan adunan tepung ke dalam bancuhan butter dan kacau sebati
Masukkan dalam bekas yg berukuran 9'' X 13''
Kek Coklat III
Bahan2nya:2 cawan putih telur1/4 sudu teh garam1 1/4 sudu teh krim of tartar1 1/4 cawan gula1 1/4 cawan confectioner sugar1 1/4 cawan tepung kek1 1/4 cawan serbuk koko1 1/4 sudu teh esen vanila
Cara2nya:
Panaskan oven 165°C
Adunkan confectioner sugar, tepung kek dan serbuk koko
Pukul putih telur, garam dan krim of tartar sampai kembang.
Masukkan 2 sudu gula ke dlm adunan telur dan pukul lagi.
Buat sehingga gula habis. Pukul adunan tersebut.
Campurkan campuran telur ke dalam tepung dan pukul/gaul sebati dan masukkan esen vanila
Bakar selama 1 jam di dalam bekas berukuran 10''.
SELAMAT MENCUBA @ CHOWWW

Chocolate Cake IV150gm butter150gm brown sugar125gm tepung naik sendiri25 gm serbuk koko1 sudu makan ovalette - untuk melembutkan kek3 biji telur - gred B3 sudu makan susu segaresen vanilla
Cara:
Ayak tepung bersama serbuk koko
Pukul butter dan brown sugar sampai kembang
Masukkan telur satu per satu
Masukkan ovalette dan esen vanilla
Masukkan tepung - kacau rata
Masukkan susu segar dan kacau rata
Bakar dalam suhu 180C sampai masak
Toping:1 cawan serbuk koko - hendaklah diayak1/2 tin kecil susu pekat3 sudu makan minyak masak
Cara:(buat double-boiler)
Panaskan minyak dan susu - kacau rata
Masukkan serbuk koko - masak hingga mix well
Sejukkan sekejap baru sapu atas kek.

Resepi kek pisang

Bahan-bahan 3 bijik telur1 cawan gula2 cawan tepung gandum3 bijik pisang (kalau pisang berangan 2 bijik pon ok.. ataupun pisang tu 1 cawan dah dilenyek)1/2 cawan minyak masak (boleh dikurangkan demi kesihatan sejagat dan kecantikan kek)1 camca kecil bicarbonatesedikit vanilla
Cara - cara1) Pukul telur sampai kembang2) Masukkan vanilla3) Masukkan gula (saya selalu pukul gula ngan telur skali.. bior hancus sket gula tu)4) Masukkan pisang yg dah dilenyek dan kacau5) Masukkan tepung, kacau.6) Masukkan minyak... oops.. bicarbonate jgn lupe..7) Masukkan ke dalam acu yg disapu minyak, dan bakar. (saya selalu pakai suhu dalam 325 Fahrenheit lebih kurang 1/2 jam)8) Bolehla dimakan lepas baca Bismillah utk yg Muslims...*Kalao minyak lebih, ia akan menyebabkan kek menjadi basah, dan tak nampak gebu. So, agak2lah supaya minyak tak terlampau melakung di dalam adunan kek.
SeLaMaT MeNcUbA
geovisit();

Resepi biskut mama caries

Ingredients for the biscuits:300gm butter400gm flour100gm icing sugar120gm milk powder1 tsp vanilla essence
Ingredients for the topping:1 ½ egg whites )150gm icing sugar ) Mix all together using15gm cornflour ) fork. Beat until well mix.½ tsp vanilla )chocolate emulco
Method:1. Cream butter, sugar, and vanilla essence together. Add in flour and milk powder, mix well.2. Roll out the dough and cut into desired shape (preferrably love shape)3. Use the index fingers to spread the topping on the dough.4. Use chocolate emulco and tooth pick to draw the drawings.5. Bake at 180oC for 15 mins.

Bahannya - untuk biskut300 gram mentega400 gram tepung gamdum protin sederhana100 gram gula aising120 gram susu tepung1 sudu teh esen vanila
Bahan untuk topping1 1/2 biji putih telor150 gram gula aising15 gram tepung jagung1/2 sudu teh vanilla
Cara membuat toppingCampurkan kesemua bahan untuk topping dan kacau dengan sudu garpu.
Untuk hiasan - Coklat emulco (boleh dibeli dari kedai barang2 kuih)
Cara membuat biskut 1. Pukul mentega, gula dan esen vanila. Masukkan tepung dan susu tepung dan gaul rata (tepung hendaklah diayak dahulu).2. Canai adunan dan terap dengan acuan bentuk LOVE3. Guna jari telunjuk untuk meletakkan topping di atasnya.4. Gunakan coklat emulco dan pencungkil gigi untuk melukis corak. Lukis corak seperti sayap kupu-kupu (apa-apa corak pun bolehhhhh)5. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga masak

BAHAN A180 gram mentegasecubit garam120 gram gulasedikit sesn vanila
BAHAN B 240 gram tepung protin sederhana3 sudu besar tepung Hun Kwee1/2 sudu teh sodium bikarbonat 160 keping mangkuk kertas coklat220 gram kacang gajuscoklat masak yg telah dicairkan tanpa minyak
CARA1. Pukul Bahan (A) sehingga ringan dan kembang2. Ayak bahan (B)3. Campurkan (A) and (B) sehingga menjadi adunan lembut4. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan gajus di tengah-tengahnya5. Bakar sehingga kuning emas pada suhu 180 darjah C selama 25 minit. Biarkan sejuk6. Akhir sekali picikan coklat cair ke atas biskut dgn menggunakan nozel no.22

150g butter60g gula icing210g tepung gandum85g tepung jagung
Cara-caranya:-
Satukan semua bahan, dan uli.
Kalau kering tambah butter, kalau basah tambah tepung.
Terap mengikut bentuk hati.
CREAMNYA:1/2 biji putih telur90g gula icingtepung jagung secukupnya (anggaran 1 sudu)
Cara-caranya:-
Pukul putih telur sehingga kembang dan putih gebu.
Masukkan gula icing dan kacau lagi.
Masukkan tepung jagung dan sapukan atas biskut.
Ambil sedikit bahan (1) dan masukkan serbuk koko untuk lakaran atas biskut.
geovisit();

Resepi biskut tat nenas

Bahan-bahan:250 gm tepung gandum125 gm marjerin1 biji telur(dipukul)2 sudu besar airsedikit garam
Untuk intinya:185 gm gula pasir1 biji nenas diparut3 kuntum bunga cengkih
Cara - caranya
Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat.
Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
Adunan dimasukkan dalam acuan (macam acuan biskut dahlia) kemudian di picit keluar ke atas dulang.
Adunan yang picit keluar agak panjang maka perlu dipotong mengikut intinya (banyak atau sikit).
Adunan yang dipotong diterbalikkan dan masukkan inti nenas yang telah dibulat-bulatkan.
Then, tutuplah adunan tu (dengan menemukan hujung & pangkalnya), bila ditutup maka yang bergerigi tu di bhg ataslah kan.
Last sekali, sapukan sedikit kuning telur diatasnya supaya nampak berkilat.
Kemudian bakar dalam oven degan suhu 150 C selama 20-30 minit.
Biskut Tart Nenas 2
Bahan - bahan250g butter1 biji telur2 sudu susu pekattepung gandum secukupnya
Inti1 biji nenas - diparut2 sudu air asam limau nipisgula secukupnya3 kuntum bunga cengkihsedikit pewarna kuningMasak inti sehingga airnya kering.
Cara2nya
Pukul butter hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan susu pekat. Gaul. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga sebati. (Terpulang sama ada nak canaikan dan terap mengikut bentuk yg diingini atau pun utk menggulungnya mahupun membuat bentuk buah nenas).
Bubuhkan inti dan bakar selama lebih kurang 12 minit dalam suhu 180.
geovisit();

Resepi biskut cornflakes oren bercoklat

Bahan A150 gm tepung naik sendiri100 gam tepung jagung100 gam cornflake di kisar kasar
Bahan B125 gm mentega/marjerin100 gam gula kastor1 biji telur1 camt parutan limau oren1 camt vanilla
Cara membuatnya
Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung.
Campurkan cornflakes.
Gaul rata dan ketepikan.
Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur, esen vanilla serta kulit oren.
Gaulkan mentega dengan campuran tepung dan cornflakes tadi.
Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut acuan kegemaran anda.
Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut.
Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180 darjah celcius.
Sejukkan di atas redai kuih.
Apabila telah benar-benar sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair.
Taburkan sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap udara.
geovisit();

Resepi biskut mazola

sekati kacang yang dimesin halussekati tepung1/2 kati gula yang dimesin halusMinyak mazola (or whatever)Telur kuning
Cara-caranya:
Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak, agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat atau leper).
Lepas tu sapu kuning telur sikit kat atasnya or kalau suka bubuhla kacang sebijik atasnya
Okay kot as simple as that

1 cawan kacang dikisar halus3/4 cawan gula halus1 cawan minyak4 cawan tepungkuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)
Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati
Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut
Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak
geovisit();

Resepi kuih seri muka

Bahan-bahan bahagian bawah - pulut275 g pulut (rendam semalaman @ at least 6 jam)1 ½ biji kelapa - 195 ml pati santan (utk kastard)- 195 ml santan cair½ camt garam1 helai daun pandan - disimpul
Bahagian atas - kastard3 biji telur170 g gula pasir1 camb air daun pandan195 ml pati santan
Cara - caranya:-
Kukus air dlm periuk
Sediakan pulut utk bahagian bawah - Tos pulut yg direndam dan kukus bersama dengan daun pandan, garam dan santan (gaul santan dan garam) dlm pengukus hingga masak
Sediakan kepala kuih (kastard) - Pukul telur dan gula.
Masukkan air daun pandan dan pati santan.
Kacau sebati dan tapis adunan.
Sediakan bahagian bawah pulut - Apabila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus dan isikan ke dalam acuan/loyang.
Tekan pulut dengan daun pisang hingga rata. Kukus selama 5 minit
Memasak kepala kuih (kastard) - Kacau campuran telur rata-rata dan tuang kedlm pulut. Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal.
Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kuih itu tidak berair dan beralur
Keluarkan dari pengukus apabila masak. Sejukkan.
Potong kuih dan hidangkan dlm pinggan
SELAMAT MENCUBA
geovisit();

Resepi kuih donat

Bahan-bahan :(A)1kg Tepung gandum2 biji telur (dipukul sedikit)180g butter /marjerin10g Garam14g Serbuk penaik (baking powder)
(B)60g Gula pasir halus60g Susu tepung penuh krim11g Yis segera (Serbuk)
(C)340g Air*** Jumlah air yang digunakan terpulang pade mutu tepung, jangan sampei cair
(D)Sedikit gula aising untuk coating atau Coklat cair
Gayenye :
Larutkan bahan (B) dalam air suam.
Ketepikan (30 minit).. Lagi lame lagi bagus!
Gaul bersame bahan (A) dan masukan bahan (B) yang dah kembang tuu
Uli dengan tangan sampai kental dan simpan sekejap sampai ia kembang 2 kali ganda
Selepas 30 minint, uli balik adunan tu dan canai setebal 1.5 cm (anggaran panjang pangkal ibu jari)
Menggunakan pemotong adunan donut, potong doh tersebut.
Kalau tak de acuan, tak pe, gunakan cawan bulat untuk memotong lalu dengan tangan buatlah lubang donut
Potong semua doh sampai habis, baru lah masak
Lepas habih mengoreng semua nye, selepas hilang panas barulah gaulkannye atau roll kan donut atas gula aising atau coklat cair
TipsUntuk mendapatkan donut yang lebih gebu serta sedap, campuran yis tu kenalah di biarkan lebih lame sikit sebab yis akan mengembang 2-3 kali ganda di suhu yang sederhana.
Selamat mencuba, wassalam
From : amy-um2@uhls.com.sg
DONAT
Bahan-bahan Donat1 kg Tepung gandum3-4 sudu susu tepung (apa2 jenis pun tak kisah asalkan susu tepung)3 sudu marjerinYis basahAir Garam (Garam dilarutkan dalam air jgn. masin sangat nanti adunan tepung tu masin...)Gula dikisar halus (jgn. halus sangat)
Cara2nya
Cairkan yis dalam air (Peringatan : 1 kg tepung = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja)
Satukan tepung gandum dgn susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yg telah dicairkan dan diadun dgn air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan.)
Biarkan adunan tepung yg dah doh tu mengembang
Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat2 spt kita nak buat kuah keria
Bila bentuk2 donat tuh dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar
* Notes:Yis basah ada dijual kat kedai runcit selalunya disimpan di tempat aiskrim (mungkin takut cair) so kenalah tanya dgn pekedai bila nak membeli
Sekian
OPTION 2 :From : norana@pernec.com.my
maaflah saya nak tambah sikit.Kalau nak donat tu waktu sejuk pun masih lembut lagi cthnya utk bawa bekal, sila tambah:
2 biji ubi kentang - direbus dan dilenyekkanyis basah boleh diganti dgn 1 bungkus Mauripan (serbuk)
Cara buatnya sama je
geovisit();

Bagaimana nak kitar semula beg plastik jusco


Saturday, August 9, 2008

Sejarah Malaysia

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ianya membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-14, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

[sunting] Zaman penjajahan

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Lihat juga: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

[sunting] Selepas perang
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Sejarah Komputer

Sejarah Komputer
1.1 Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.

Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.



1.3 Apakah Dia Komputer?

Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat menerima data input, memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan hasil output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti ini dilakukan di bawah kawalan suruhan (instructions) yang disimpan di dalam unit ingatannya (memory unit). Kebanyakan komputer juga berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke Internet. Pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat telekomunikasi untuk mencapai, memproses, mengurus, menyimpan, menghantar dan mengguna maklumat dipanggil teknologi maklumat.

1.6 Sejarah Dan Perkembangan Komputer

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman , iaitu :
a) sebelum tahun 1940
b) selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940 Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit. Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu. Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan. Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz. Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas. Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output. Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

Perkembangan
Tarikh
Peristiwa
Abacus atau Cepoa
Napier’s bones
Pascaline
Arithmometer
Difference engine
Analytical engine

Census tabulator

Analog computer
Mark I computer

ABC


ENIAC



EDSAC dan EDVAC

IAS

UNIVAC I dan IBM 701

Core memory

FORTRAN

Transistor

COBOL

Integrated Circuit (IC)

BASIC

Minikomputer

Pascal
ARPANET

Large-scale integration (LSI)
Apple computer

Microsoft dan MS-DOS

IBM PC

Machine of the Year

Lotus 123

PC AT - 80286

Komputer Macintosh

Intel 80386
Intel 80486

Windows 3.0

World Wide Web (WWW)
Pentium chip

Windows 95

Pentium Pro

Office 97



Windows 98

2000 – 3000 B.C.
1610
1645
1820
1823 – 1834
1834 - 1871

1887 - 1896

1927 – sekarang
1937 - 1943

1937 - 1939


1943 - 1946



1945 - 1952

1946 - 1950

1951 - 1954

1953

1957

1958

1960

1964

1965

1965

1967
1969

1970

1976

1980

1981

1983

1983

1984

1984

1987
1989

1990

1991

1993

1995

1995

1997



1998

Peranti pengiraan yang terawal diketahui
Alat mekanikal untuk pengiraan
Kalkulator mekanikal yang pertama (tolak sahaja)
Kalkulator pertama untuk melakukan 4 operasi arithmetik
Kalkulator berautomat oleh Charles Babbage
Direka oleh Charles Babbage sebagai komputer serbaguna pertama. Tidak sempat siap.
Direka oleh Herman Hollerith. Tebukkan data ke dalam kad untuk menjadualkan data.
Kalkulator analog separuh automatik direka
Howard H. Aiken membina kalkulator elektromekanikal yang terbesar
Direka oleh Atanasoff dan Berry. Peranti pertama untuk melakukan pengiraan dengan tiub vakum. Bermula komputer generasi pertama.
Direka oleh Eckert dan Mauchly. Komputer digital elektronik yang pertama. Berjisim 30 tons, mengandungi 18,000 tiub vakum, dan memenuhi ruang 30 x 50 kaki persegi.
Komputer pertama berupaya menyimpan data dan suruhan dalam ingatan
Komputer yang memperkenalkan konsep pemprosesan selari
Komputer digital pertama dipasarkan secara besar-besaran
Ingatan teras direka untuk menyimpan storan yang tinggi

Bahasa pengaturcara FORTRAN (FORmula TRANslator) diperkenalkan. Masih diguna sekarang.
Komputer dibina dengan transistor. Menandakan permulaan komputer generasi kedua.
Bahasa penggunaan peringkat tinggi untuk perniagaan dimaju oleh Dr. Grace Hopper.
Komputer generasi ketiga diperkenalkan. Litar kawalan disimpan pada cips.
Bahasa pengaturcara BASIC dibangunkan oleh Dr John Kemeny di Dartmouth
Minikomputer pertama diperkenalkan oleh Digital Equipment Corporation (DEC)
Bahasa pengaturcara berstruktur dibangunkan.
Rangkaian APARNET diwujudkan. Pendahulu kepada Internet.
Komputer generasi keempat mengandungi penyepaduan skala besar.
Steve Wozniak dan Steve Jobs membina komputer Apple yang pertama
IBM menawarkan Bill Gates untuk membangunkan sistem pengoperasian untuk komputer peribadinya.
Komputer peribadi IBM diperkenalkan dan menjadi sangat popular
Majalah TIME memilih komputer sebagai calon tahunannya.
Pakej perisian bersepadu Lotus 123 dibangunkan oleh Mitch Kapor.
IBM memperkenalkan komputer peribadi dengan pemproses mikro Intel 80286.
Apple memperkenalkan komputer Macintosh yang mengguna antara muka (interface) grafik
Komputer mengguna pemproses mikro Intel 80386
Pemproses mikro ini mengandungi 1 juta transistor dan melaksanakan suruhan pada 15 MIPS.
Microsoft memasarkan sistem pengoperasian Windows 3.0
Piawai WWW untuk memaut (link) dokumen dari pelbagai komputer
Pemproses mikro yang mengadungi 3.1 juta transistor dan melaksanakan 112 MIPS.
Sistem pengoperasian Windows 95 dengan banyak perubahan baru
Mengandungi 5.5 juta transistor dan berupaya melakukan 250 MIPS.
Pakej bersepadu Word, Excel, PowerPoint dan Access dipasarkan.
50 juta pengguna Internet.
Intel memasarkan Pentium II.
Upgrade kepada Windows 95





Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
Generasi Pertama (1940 - 1959) Generasi Kedua (1959 -1964) Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an) Generasi Keempat (awal 80-an - ?) Generasi Kelima (masa depan)Generasi Pertama Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.Genarasi kedua Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya. Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah. Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.
Generasi ketiga Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain. Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas. Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.Generasi keempat Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.Generasi kelima Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Reka bentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
·
1.7 KRONOLOGI SEJARAH PENGKOMPUTERAN MODEN
1969
· Marcian Hoff dan Stan Mazor dari Intel merekacipta cip CPU dengan senibina 4-bit yang boleh menerima arahan dan melaksanakan fungsi data yang mudah. CPU ini kemudian dikenali sebagai mikropemproses 4004.
· Intel mengumunkan pengeluaran cip 1 kilobit RAM.
1971
· Intel memperkenalkan sistem mikrokomputer MCS-4 (Microcomputer System 4-bit) yang terdiri daripada cip ROM 4001, cip ROM 4002, cip shift register 4003, dan mikropemproses 4004, kelajuan CPU ialah 108kHz dengan prestasi 60,000 pengoperasian per saat. Ia menggunakan 2300 transistor, berdasarkan kepada teknologi 10 micron.
1972
· Intel memperkenalkan cip 200-KHz 8008, cip komersial pertama dengan mikropemproses 8-bit, dengan capaian memori 16 KB.
1974
· Intel memperkenalkan cip 2 MHz 8080, merupakan mikropemproses 8-bit. Berkeupayaan mencapai memori sehingga 64KB.Menggunakan 6000 transistor, berlandaskan teknologi 6-micron dengan kelajuan 0.64 MIPS.
· Gary Kildall dari syarikat Mikrocomputer Applications Associates, membina system pengoperasian CP/M untuk system Intel 8080.
· Motorola memperkenalkan cip 6800 menggunakan mikropemproses 8-bit. Cip 6800 dicipta oleh Chuck Peddle dan Charlie Melear.
1975
· Bill Gates dan Paul Allen mendapat lessen untuk menjual aturcara BASIC kepada MITS. Ini merupakan program bahasa komputer pertama untuk komputer peribadi.
· Bill Gates dan Paul Allen membuka syarikat Micro-Soft.
· MITS mengeluarkan komputer Altair 8800.
· Penerbitan isu pertama majalah BYTE.
1976
· Steve Wozniak dan Steve Jobs menghasilkan komputer Apple l.
· Intel memperkenalkan cip mikorpemproses 5 MHz 8085 dengan kelajuan 0.37 MIPS. Menggunakan 6500 transistor, berdasarkan kepada teknologi 3-micron.
· Steve Jobs dan Steve Wozniak membina syarikat Appl Computer.
1977
· Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple ll dengan CPU 6502, 4 KB RAM dan 16 KB ROM.
1978
· Intel memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8086. Menggunakan register 16-bit, bas data 16-bit, dan 29,000 transistor dengan teknologi 3-micron.
1979
· Syarikat Software Arts memperkenalkan VisiCalc.
· Syarikat Apple Computer memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8088. Ia dibina sebagai lanjutan kepada cip 8086.
· Syarikat Micropro International memperkenalkan pemproses kata WordStar di tulis oleh Rob Barnaby.
· Motorola memperkenalkan cip mikropemproses 68000 16-bit menggunakan 68,000 transistor.
1980
· Sinclair Research memperkenalkan komputer ZX80. Ia menggunakan teknologi NEC dengan 3.25 MHz 780-1 dan mikropemproses 8-bit, 1 KB RAM dan 4 KB ROM.
· Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple lll dengan 2 MHz.
· Seagate Technology memperkenalkan cakera keras pertama Winchester 5.25-inch menggunakan empat platter dan menyimpan 5 MB.
· Paul Allen dari Microsoft membeli hak cipta DOS dari Seattle Computer Products untuk dijual kepada IBM.
1981
· Microsoft memulakan kerja membina grafik antara muka dipanggil Interface Manager. Di sini bermulanya pembinaan grafik antaramuka bagi system Windows.
· Intel mengeluarkan coprocessor metamatik 8087.
1982
· Shugart Associates memperkenalkan peranti cakera liut.
· Penerbitan pertama majalah PC Magazine.
· Intel memperkenalkan mikropemproses 6 MHz 80286 menggunakan 16-bit bas data dan 134,000 transistor (1.5 microns).
· Mikrosoft mengeluarkan MS-DOS versi 1.1 kepada IBM bagi kegunaan komputer peribadi IBM. Ia menyokong peranti cakera liut sehingga 320 KB.
· Lotus Development memperkenalkan program hamparan Lotus 1-2-3.
1983
· Apple Computer memperkenalkan komputer Lisa menggunakan mikropemproses 5 MHz 68000 dengan 1 MB RAM, 2 MB ROM, monitor 12 inch B/W, grafik 720x364, dua peranti cakera liut 5.25- inch 860 KB dan cakera keras 5 MB. Ia merupakan komputer peribadi pertama menggunakan konsep GUI. “Lisa” bermaksud Local Integrated Software Architecture.
· IBM memperkenalkan komputer peribadi IBM XT. Ia mempunyai cakera keras 10 KB ROM, papan kekunci, peranti cakera liut 360 dan menggunakan mikropemproses Intel 8088.
· Microsoft memperkenalkan MS-DOS versi 2.0 untuk komputer peribadi.
· Novell memperkenalkan rangkaian NetWare untuk IBM PC.
· Microsoft memperkenalkan Microsoft Windows.
· Microsoft secara rasmi mengeluarkan perisianh Microsoft Word 1.0.
· Borland International mengeluarkan Turbo Pascal untuk CP/M dan komputer 8086.
1984
· Steve Jobs memeprkenalkan Apple Macintosh.
· IBM memperkenalkan IBM PC mudah alih, dengan mikropemproses Intel 8088.
· Hewlett-Packard memperkenalkan pencetak LaserJet, dengan resolusi 300dpi.
· Motorola memperkenalkan prosesor 16 MHz 68020.
· Microsoft mengeluarkan MS-Dos versi 3.0 untuk PC.
1985
· Peranti CD-ROM deperkenalkan untuk komputer.
· Intel memperkenalkan mikropemproses 16 MHz 80386DX dengan 32-bit register dan 32-bit (16 MHz) bas data mengabungkan 275,000 transistor (1.5 microns).
· Microsoft mengeluarkan Microsoft Windows versi 1.0
1986
· Apple Computer memperkenalkan komputer Apple llGS berkuasa 1 MHz atau 2.8 MHz.
1987
· Apple cdomputer memperkenalkan senibina terbuka Macintosh ll menggunakan mikropemproses 16 MHz 68020. Kemudian Apple Computer Macintosh SE diperkenalkan menggunakan mikropemproses 8 MHz 68000 dengan 1 MB RAM dan 20 MB cakera keras.
· IBM memperkenalkan IBM PS/2 menggunakan 8 MHZ 8086.
· Motorola mengeluarkan mikropemproses 68030.
· Microsoft mengeluarkan hamparan Microsoft Excel untuk aplikasi Windows.
1988
· Spectrum Holobyte memperkenalkan permainan Tetris untuk PC, diimport dari Rusia.
· Intel memperkenalkan mikropemproses 16MHz 80386SX pada kelajuan 2.5 MIPS.
· IBM mengeluarkan DOS 4.0
1989
· Intel memperkenalkan mikropemproses 25 MHz 486 menggunakan 1.2 juta transistor dengan teknologi 1-micron.
1990
· Motorola memperkenalkan mikropemproses 32-bit 25 MHz 68040 dengan mengabungkan 1.2 juta transistor.
· IBM mengeluarkan mikropemproses RISC untuk komputer kerangka utama RS/6000.
· Microsoft memperkenalkan Windows 3.0.


1991
· Advanced Micro Devices (AMD) memperkenalkan AM386DX, cip klon pertama Intel i386DX pada kelajuan 20 hingga 40 MHz.
· Microsoft memperkenalkan MS-DOS 5.0 GW-BASIC digantikan dengan QBASIC, berlandaskan kepada Microsoft QuickBASIC.
· Linus Torvalds dari Finland membangunkan Linux, sebuah system pengoperasian seperti UNIX.

1993
· Apple Computer memperkenalkan Macintosh LC lll dengan 25 MHz 68030.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium menggunakan 32-bit register, dan 64-bit (60 MHz) bas data dan cakera keras 4 GB. Ia mengabungkan 3.1 juta transistor, menggunakan teknologi BiCMOS 0.8-micron. Kelajuan mencapai 60 MHz.
· Apple Computer memperkenalkan sistem Macintosh “AV”, mengabungkan pertama kalinya antara telekomunikasi dan video.
· Pusat National untuk Supercomputing Applications (NCSA) mengeluarkan penyemak imbas Mosaic v1.0 web.
1994
· Apple Computer memperkenalkan komputer Power Macintosh 6100/60 dengan kelajuan 60 MHz.
· Mosaic Communication melancarkan Netscape Navigator 1.0, penyemak imbas bagi world-wide web.
· Digital Equipment Corporatiom (DEC) memperkenalkan mikropemproses Alpha AXP.
· IBM melancarkan OS/2 Warp versi 3.
· Lomega memperkenalkan peranti Zip dan cakera Zip.
1995
· IBM mengeluarkan PC DOS versi 7.
· Microsoft memperkenalkan Windows 95.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium Pro pada kelajuan 150, 180, dan 200 MHz (440MIPS).
1996
· Intel memperkenalkan prosesor 200 MHz Pentium mengabungkan 3.3 juta transistor.
· Microsoft memperkenalkan Windows NT 4.0
· Microsoft memperkenalkan Osuntuk Windows CE. Nama kod untuk projek ini ialah Pengasus. “CE” bermaksud Consumer Electronics.
· IBM melancarkan OS/2 Warp 4.
1997
· AMD memperkenalkan mikropemproses K6, dengan teknologi MMX. Prosesor ini mengabungkan 8.8. juta transistor dalam satu proses 35 micron.
· Apple Computer melancarkan Mac OS 8.0.
1998
· Intel melancarkan cip 333 MHz Pentium ll, dengan bas 66 MHz mengabungkan teknologi CMOS 0.25 micron.
· Intel mengeluarkan 350 MHz dan 400 MHz mikropemproses Pentium ll .
· Intel mengumumkan mikropemproses celeron 266 MHz dengan 32 KB Level 1 cache.
· Steve Jobs memperkenalkan Apple Computer iMac : mikropemproses 233 MHz PowerPC G3, 32 MB RAM, 4 GB cakera keras 24X CD-ROM, 15 inch monitor, 66 MHz bas system.
· Microsoft melancarkan Windows 98.
· Motorola memperkenalkan mikropemproses G4.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Pentuim lll.
1999
· Cyrix melancarkan prosesor Mll.
· Apple Computer memperkenalkan komputer mudah alih PowerBook G3/333.
· Microsoft mengumumkan Window 98 SE (Special Edition).
· Steve Job memperkenalkan komputer mudah alih iBook. Ia mempunyai monitor 12.1 inch TFT, prosesor 300 MHz G3, cip grafik 4 MB ATI Rage Mobility, peranti CD-ROM, 32 MB RAM, modem, pot USB dan 10/100Base-T Ethernet, 3 GB cakera keras, papan kekunci dan Mac OS 8.6
· ADM mengumumkan pengeluaran mikropemproses Athlon.
· Apple Computer mengumumkan komputer Power Mac G4 dengan cirri-ciri 400 MHz PowerPC G4, 64 MB RAM, peranti CD-ROM dan 10 GB cakera keras.
· Microsoft memperkenalkan system pengoperasian Windows ME
2000
· AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon 850 MHz.
· Microsoft mengumumkan system pengoperasian Windows 2000 menggantikan NT4.
· AMD memperkenalkan mikropemproses tahap 1.1 GHz.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Celeron 500 MHz dengan teknologi proses 0.18 -micron.
· Intel mengumunkan mikropemproses dengan kod “Willamette” akan dikenali sebagai Pentium 4 dengan kelajuan melebihi 1.4 GHz.
· Microsoft memperkenalkan bahasa c# (c sharp), sebagai modul tambahan bagi c++ bersama sokongan Web XML, COM, dan sokongan untuk Windows API.
· Apple Computer memperkenalkan PowerMac G4 Cube dengan kelajuan prosesor 450 MHz PowerPC G4.
· Apple Computer mengeluarkan komputer edisi khas iMac DV+ dengan kelajuan mikropemproses 500 MHz PowerPC G3. Ia dilengkapi dengan sambungan FireWire, 20 GB cakera keras, pemacu DVD-ROM dan penyokong rangkaian wayerles AirPort.
2001
· AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon XP 1.5 GHz dikenali sebagai Athlon 1800+ dan Athlon XP 1.33GHx sebagai Athlon XP 1500+.XP bermaksud extra performance.
· Apple computer memperkenalkan system pengoperasian Mac OS X.
· Intel memperkenalkan cip Pentium 4 pada kelajuan 2GHz mempunyai 42 juta transistor.
· Microsoft memperkenalkan Windows XP. XP bermaksud experience user.